Saturday, December 25, 2010

Sunday, December 12, 2010

Tunang...

Buat mereka-mereka yang telah bertemu pasangan dan bertunang...tahniah ummi ucapkan.
Sentiasa kena ingat bertunang bukan syarat untuk kamu berdua bebas bertemu @berdating'..

lagu ini utk kalian: Kasih Kekasih

Untuk abang dan adikku : semoga jodoh kalian berpanjangan..dan menjadi suami isteri yang sah nanti..Insyaallah.

Friday, December 10, 2010

game..

Kekadang kita sukar untuk melarang
....
ermm..tak perla mungkin boleh tapi...

perlu ikut syarat-syarat diberi
...
apa syaratnya???

kena tu ,,,kena ni,,, bla..bla..
..ummi tak nak anak ummi hayut dengannya...
...
perpun game nie boleh la menambah ilmu sikit... ##$%^!@#

Sunday, December 5, 2010

Jodoh...

1. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

2. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

3. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti 'magnet' yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

4. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

5. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

6. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.



Wednesday, December 1, 2010

Ketentuan datang dengan kehendak Allah...

Best Kata-kata nie..Kena practice.......
Say this daily.
Today is a start of new beginning. I am a different and better person today. I start today afresh. People will see a new me. Forget all the worries and anxiety of the past. We can make it whatever we want. Ask what can I do today. YOu can choose to make it a phenomenal day and be relaxed. we will respond and not react. .

Thursday, November 25, 2010

Sate Hidayah..sempena daging korban

Sate Hidayah

1 kg isi daging

1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
lidi sate
minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)

Bahan yg perlu dikisar:

3 ulas bawang merah
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
4 cm halia
2 batang serai
4 cm lengkuas
1 sudu besar ketumbar } disangai
1 sudu kecil jintan manis } disangai
1 sudu kecil jintan putih } disangai

Cara membuatnya:

Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam .
Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.
Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.

Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk mengelakkan lidi hangus bila satay dibakar.

Letak sikit minyak masa perap supaya daging tu lembut..dan masa bakar renjis minyak dengan serai yg diketuk..dah buat td..anak-anak suka..sebab mereka pun tlg bakar sama.

Sunday, November 14, 2010

Majlis Penyampaian Hadiah 2010


Dulu.... Itulah nama majlisnya...
bila hujung tahun selepas semua kertas peperiksaan akhir tahun dah dapat..
pasti majlis ini kutunggu sebab ara hadiah ..kalau tak dapat hadiah keputusan baik iaitu no 2 @3 paling kurang dapat hadiah kedatangn penuh...
Mengimbau masa sek rendah dulu ambil hadiah dengan memakai kasut yang dah lusuh dan koyak..tp ketika tu perkara tersebut tak diambil kira...seperti telah memahami mak ayah tak leh nak beli ..maklumlah ketika itu pendapatan dari hasil noreh getah...tp hati tetap gembira..

Malam nipun insyaallah anak2ku juga bakal mendapat hadiah yang majlisnya nama apa pun kurang pasti sebab anak-anakku tertinggal surat jemputan .....tu yang agak suprise ..maklumlah anak-anakku baru tahun 1 dan 2 . Umi pun excited nak tau..inyaallah malam nie ummi ngan abi akan menghadirinya..beserta dengan adik2 kalian. Yang penting anak-anak ummi telah buat yang terbaik ...ummi doakan kalian akan terus berjaya ....bersambung
.....

Sambungan
Majlis Kecemerlangan Akademik...itulah namanya...
Tahniah kerapada guru-guru dan pelajar sekolah agama integrasi Ar-RAihan kerana telah mendapat keputusan yang "mumtaz" seramai 15 orang dalam peperiksaan agama untuk tahn 6.
Tahniah juga buat anak2 ku...Moga hadiah/piala tersebut menjadi dorongan kepada kejayaan-kejayaan lain tahun hadapan..ape yang menjadi kepentingan ummi dan abi ialah ilmu kalian bertambah seiring dengan umur kalian.

Itu cerita di sek agm..sek kebangsaan pula..nama majlis lagi gah..Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik...alhamdulillah..dah dpt hadiah terbaik m.pelajarn B.Arab dan B.Inggeris..perlu lebih usha utk subjek
lain-lain tu..jgn malas2 k.congret'.

Friday, October 15, 2010

Cebisan nukilan yang ummi baca dr buku :

Mu'az bin Jabal pernah berkata: "Pelajarilah ilmu, dengan mempelajari ilmu kerana mengharapkan wajah Allah itu mencerminkan takut, mencari ilmu adalah ibadah, mengkajinya adalah tasbih, menuntutnya adalah jihad, mengajarnya kepada ahli keluarga adalah taqarrub..."

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui apapun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukyur." ( Surah Al-Nahl 16:78 )
KalamNya terletak segala Ilmu..iaitu AL-Quran..Bacalah ia..hayatilah..amalkan.

http://liriknasyid.net/shoutul-amal-semarak-perjuangan

Thursday, October 7, 2010

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari raya TAhun 1431 hijrah

Dah lama tak menulis... insyaallah lagi dua hari nak raya.Bagi sesiapa yang terbaca ruangan blog peribadi saya nie ..sy ucapkan selamat hari raya maaf atas segala kecacatan yang terdapat dalam blog nie..sesungguhnya kita tidak terlepas untuk membuat kesilapan di atas dunia nie..terutama kepada orang2 yang berada dekat dengan kita..

Pagi nie plan nak buat kuih gunting atau kami panggil kuih pakuda.dan kuih siput...harap2 anak-anakku tak mengganggu..Kalau sberkesampatan akan dicicipkan resepinya disini insyaallah.

Saturday, August 21, 2010

Ummi ghajin... Masak lagi...

Hari ni ummi teringin nak makan kek gula hangus...ana pulak nak makan kek coklet...erm nampak gayanya ummi kena buat dua-dua nie...moga menjadi..nanti boleh bawak ke rumah pak Ngah petang nanti untuk sama-sama merasa...Minggu nie turn umah Pak Ngah..katanya ada tok sekali ..seronoknya..tak sabar nak tunggu ke petang. Peperpun semoga ummi ghajin buat buat kek tu yerk...
Nota..daripada Madihah...9.00 pagi.

Tuesday, August 10, 2010

Marhaban ya Ramadhan....

Alhamdulillah ...anak2 ku telah dapat bersahur besama ..dan telah berniat untuk berpuasa.. Sambil bersahur kami sempat berbual-bual tentang kewajiban berpusa..
"Berpuasa adalah rukun Islam yang ke_tiga..jadi wajib ditunaikan" tapi sembahyang jgn pulak tak buat..nanti pahala puasanya terganggu...dek kerana tak sembahyang..aperpun moga2 tahun ini anak2ku akan istiqomah menunaikan tanggungjawab ini dengan sedikit kefahaman yang mereka miliki..Ummi akan cuba memenuhi permintaan kalian berdua..dan kalau sekiranya ummi tidak mampu..maafkan ummi yer sayang sebab ummi pun bekerja. Jadi kita berbuka ala kadar jelah...Insyaallah hujung minggu nanti ummi akan masakkan makanan yang lebih sempurna...kita berpuasa nie adalah salah satu hikmahnya ialah untuk merasai bagaimana perasaan dan kekuatan yang dimiliki oleh orang yang kekurangan makanan tetapi tetap boleh meneruskan kehidupan ..Alah memberi segala sesuatu kepada kita mengandungi hikmahnya tersendiri...kalau seseorang itu miskin sekalipun, nescaya di sebalik kemiskinana itu ada ruang untuk nya mengamalkan kehendak Allah keatas mereka begitu juga dengan orang yang kaya.

Tuesday, July 6, 2010

Bumi Cinta..


Subhanallah...Besarnya bunga...Thanks ...rupanya dalam diam2 suamiku telah membeli sejambak bunga ros untukku..terharu..Umi..umi dapat bunga besar..cantiknya..ujar anakku yang sekarang semakin petah bercakap...nie..hadiah birthday ummi.Lalu anakku menyanyikan lagu birthday.. Petang td pulak umi dapat novel daripada penulis kegemaran umi: Habiburrahman El Shirazy yang berjudul "Bumi Cinta". Kat rumah nie aderlah beberapa buah novel dan alhamdulillah semuanya telah habis dibaca..semuanya menarik..tapi novel yang baru dimiliki nie juga pasti ummi akan baca dari kulit ke kulit..insyaallah..semoga diri ini akan sentiasa dalam perlindungan dariNya..dan dipanjangkan usia.amin.

Wednesday, June 30, 2010

Steambot....



Erm..hari keluarga kali lebih kepada berjalan-jalan..seronok gak sekali sekala merasa tempat yg nyaman dan pemandangan yg menarik ...mengajar kita untuk menghayati kebesaran Allah..Petang tu selepas menjamu selera keluargaku dan Kak Uda menuju ke Pasar Malam Berincang membeli sedikit limau, jem stawberry dan t shirt.pulak..sebagai kenang-kenangan..tup2 habis gak dalam Rm 150 lebih.. boleh dikatakan mana2 pergi pasti ader produk yg berkaitan dgn stawberry..sbg serviniour..pasar malamnya agak panjang sampaikan tak larat nak jalan...maklumlah bergilir-gilir dengan suami mengendong bayiku..yg sekarang nie beratnya sudah menjangkau lebih 5 kg. Selepas lebih kurang 1 setengah jam kami berjalan-jalam,,hujan turun rintik-rintik..kami bergegas pulang..masing-masing telah berniat untuk mengerjakan jama' takhir..

9.00 malam: Program yg telah diatur ialah membaca surah Ya-Siin..secara berjemaah..semua termasuk si kecil Zaid Ammar tidak ketinggalan bersama-sama berada dalam program tersebut...Ketika ini...Bonda dan keluarga Muhammad turut serta..

10.30 malam: Steambot Ole2 Damasara...siapa yang masak ni...special ..ooo Pak Anjang masak..tu yang lain ...wow boleh tahan rasanya..macam-macam ader.. kat dalam steambot..anak-anakku dengan sepupunya memang suka pada masakan sup camtu..perpun Pak Anjang punya masakan tu telah menjadi makan malam kami semua..Tq.Borak-punya borak..jam telah mencecah 12 tgh malam...semuaya diminta utk tidur...oooo..sejuk malam di tanah tinggi terasa sampai ke tulang sum2..tapi alhamdulillah di homestay ni telah dibekalkan blanket yang mencukupi..untuk setiap orang..erm jgn ader yg mencari suis off aircond sudah..

6.00 pagi: Semua telah bangun kcuali yg kecik2 belum ...bilik air yang disediakan ada 3..so..kami tak perlu berebut...setelah melaksanakan solat subuh secara berjemaah..kami terus berkumpul..kali nie bertadarus ...moga-moga pahala membaca quran ni sampai kepada aruah ayahda, mak mertuaku, dan sanak saudara yg telah pergi dulu dari kami semua..moga-moga mereka semua dicucuri rahmad dari Allah..

9.30 pagi: kami bergotong royong memasak,,menu sarapan kami: nasi goreng, roti soursage,cucur ikan bilis, nugget, dan roti jem stawberry.banyak gak la...sebagai bekalan untuk makan tengah hari sekali:

11.00 pagi: Penganjur memulakan trip perjalanan ..dari utara ..masksudnya dari Berincang mengikut peta...Tempat pertama kami singgah ialah di ladang teh...cuaca agak panas tapi dingin..masing-masing tak mahu melepaskan peluang mengambi gambar..teruja..tengok ladang teh..Kami singgah tidak lama sekitar 15 minit sahaja..kami terus ke destinasi seterusnya iaitu ke Taman Ros.. Utk melawat tempat nie dikenakan bayaran dewasa rm 4 dan kanak2 rm 2.Perpun memang menarik..cuma bila bawa bebdak ramai2 nie kena hati2 sebab tebing-tebingnya agak curam..bonda yang pada mulanya ingin duduk-duduk jer di bangku turut meredah taman ros mengikut anak2 dan cucu2nya..tempat ketiga kami ke ladang Bee..tp kali nie tak masuk..setakat tengok2 dr atas..dan ke tandas..mungkkin dah penat kat taman ros td..
seterus kami ke kebun stawberry..terfikir gak nak rasa pengalaman memetik buah ni...tp tak jd..harga petik sendiri 5oo g rm 20 hinngit...tak berbaloi ...so kami melawat jelah kebun tersebut dan tempat tanam cendawan...aku dan suamiku terus ke kereta sementara mereka singgah utk membasahkan tekak disitu serta merasa keenakkan buah stawberry coklet ..dptlah aqilah dan suamiku tidur seketika..

2.00 petang: Kami dibawa ke galeri/mini stadium..tempat nie katanya terdapat sejarah pembukaan tanah tinggi Cameron..bonda masih berada dalam kereta merehatkan diri.. Kmuadian kereta kami bergerak lagi..kali nie ke key place..tempat jualan yang pelbagai termasuk apaer yg ader kat pasar malam brincang ...Di sini kami pakat borong sayur-sayuran, jagung manis dan buah stawberry..lama gak la singgah kat sini hampir 1 jam ...sempat membasahkan tekak sekali lagi...ERm..jam telah masuk pukul 4.00..keluarga muhammad ngan abg jalil pulang ke homestay tapi keluargaku dan penganjur teruskan perjalan ke ladang healty stawberry..terletak sedikit di lereng bukit..Di sini kami dapat merasa stawberry fresh dan jem fresh ..Lagi sekali kami memborong buah stawaberry dan jambu batu..rasa berbaloi-baloi... dapat makan stawberry free :-b

7.00 malam:Malam nie acara bebas..Muhammad dengan keluarganya pergi ke masjid tanah rata atas jemputan ceramah..suamiku lak tak sihat ..demam sikit..bisul..kesian..tidur..manakala kak uda ngan suaminya ke pasar malam brincang ..Setelah 2 jam tidur..barulah suamiku nampak sedikit kebah, setelah makan malam...ayam percik yang pada mulanya suamiku yang ingin belanja telah dibeli oleh penganjur..

6.30 pagi : Setelah mendirikan solat subuh secara berjemaah, sekali lagi tadarus al-quran...dan setelah itu geng2 isteri meyediakan sarapan pagi dan mengemas utk pulang... menu sarapan pagi : chicken chop, karipaf, nasi goreng, sandwich... Setelah berkemas kami ambil kesempatan utk snap beberapa keping gambar dan melawat tempat membuat jem drpd strawberry . Kali nie kami pulang ikut Tapah

Dalam perjalan pulang kami singgah di beberapa lokasi lagi di tanah rata dan di Hutan Lipur Lata Iskandar. Anak-anakku dan anak abg Jalil mandi di situ..Airnya sungguh sejuk...namun di situ tidak mempunyai tempat bilik persalinan.. Setelah hampir sejam berehat sambil menikmati pisang dan keledek goreng panas..kami meneruskan perjalanan pulang..Alhamdulillah kami selamat sampai di rumah sebelum magrib kira-kira 7.20 malam.


Monday, June 21, 2010

Hari Keluarga Abdul Haliff..Cemeron Highland




Agak lewat kami bertolak dari rumah kira-kira pada pukul 10.40 pagi...kerana memenuhi temujanji suamiku dengan clientnya... Singgah di Masjid Tanjung Malim untuk solat jumaat dan makan tengah hari..Cadangan suamiku melalui jln Simpang Pulai memang tepat..sebab jalannya tidaklah bengkang-bengkok sangat..terpantul keluar perkataan dr kami..alhamdulillah kereta MPV yg auto nie memang banyak memberi keselesaan dan rasa lebih selamat..sentiasa berdoa moga2 perjalanan selamat sampai ke CH dengan keadaan cuaca yg tidak hujan..

Setelah hampir 1 jam lebih mendaki tanah tinggi ...akhirnya sampai kami di papan tanda besar menunjukkan "Selamat Datang ke Cemeron Highland"
..Tiba kami di lokasi pertama iaitu di Brincang ...dlm fikiran...dah sampai nie...suamiku terus berhentikan keretanya di sebuah kedai pertama yg kami temui..lalu mengejutkan anak2 dr tidur..semuanya keluar "excited"nak rasa aircond fresh...segaja suamiku offkan aircond kereta..5 minit sebelum berhenti...

Berpandukan alatan teknologi canggih gps akhirnya kami sampai di "homestay taman sedia".. Keluarga Kak Uda sebagai "planner" dah tiba dulu dr kami..cam biasa dah prepare dgn juadah "nasi lemak" manakala Abg Jalil yg tiba 20 minit sebelum kami.. dah dpt merehatkan diri..maklumlah mereka dr kelantan..mungkin kepenatan..anak2 dengan sepupu mereka sentiasa teruja...riuh...macam tak pernah jumpa...seronok..tinggal lagi keluarga mohd yg belum tiba..mereka dr pahang ..sambung kemudian ,....baby nangis..

Wednesday, June 16, 2010

Jalan-jalan cari makan...

Percutian 3 hari dua malam ke Utara menggamit kenangan yang indah untuk kami sekeluarga terutama anak-anak.

10.30 pagi kereta yg baru berusia 2 minggu ketika ini akan dipandu uji oleh suamiku ..maklumle nak bawa berjalan jauh hampir 300 km lebih. Kami bergerak beriringan dengan sebuah lagi kereta En Fazli. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Destinasi pertama yang akan kami singgah ialah "Mee Udang warong Mak Teh Kuala Sepetang, Perak. Berpandukan GPS, pada pukul 2.30 petang kami sampai ke tempat yang dituju..Setelah menikmati Mee Udang dan Nasi Goreng Udang di gerai tersebut kami terus bergegas menuju ke hentian R & R untuk menunaikan solat jamak takdim.


4.00 petang.. kereta dipandu laju utk menuju ke sungai petani kedah..ke rumah Kak Long di Sidam Kiri. Setelah tiba disana kami sempat singgah di Tesco Sg. Petani memborong sehelai dua baju dan sedikit bekalan roti utk dimakan sebagai alas perut.. Sebelum menuju ke rumah kak Long utk bermalam disana kami sempat singgah di restoran mamak ..pekena teh tarik ngan roti canai. Alhamdulillah pada pukul 7.00 malam kami tiba di rumah Kak Long.


9.50 malam : Setelah membersihkan diri kami pun berangkat menuju ke RFC. Mereka kata RFC di bawah HPA hanya ada di Sg. Petani je 2 branch. Anak En. Fazli nak makan ayam goreng original. Namun setelah pergi ke sana di 2 tempat yang berlainan ...ayam yg diidamkan telah kehabisan . Untuk tidak menghampakan anaknya.beliau tetap membeli.. Kamudian kami munuju ke restoran ikan bakar..dan ketika itu jam telah menunjukkan 10.55 mlm. Namun keadaan di gerai tersebut telah pun sunyi..jln2 di sg. Petani semakin sunyi../rupanya kedai tu pun tutp pukul 12.00. Tidak seperti di Bangi atau tempat2 lain ..masih lagi ada restoran2 yang di buka menjangkau 2 pagi..Alhamdulillah ..walaupun kami pelanggan yang paling akhir di restoran tersebut kami tetap dilayan dengan baik..Makanan untuk anak2 makan pun dah sampai..sekejap jer dah habis makan..lapar lah katakan..kesian

5.40 pagi : suamiku dan sahabatnya sudah bangun..menuju ke surau di situ..menunggu jemaah ceritanya selepas pulang dr membeli sarapan...katanya tiada jemaah lain hari itu kecuali dia dengan sahabatnya shj..agak terkilan..tak taulah mungkin semua jemaah surau tertidur kut sampai tak sempat nak ke surau.. solat kat umah..Nasi lemak rm 0.50 ngan roti canai o.60..masih ada di jual di situ..


10.00 pagi : keluar dari Sidam Kiri dlm perjalanan menuju ke rumah kakak Kak Long ..singgah pekena durian yg memang menjadi kegemaran putera kami dan juga bapa Fawwaz ..acapkali suruh dibelinya..setelah selesai menikmati durian kg ..kami bergegas ke rumah kakak Kak Long..kesian tunggu lama..kami dijamu dengan beehon singapore (warna putih) ngan pisang goreng..destinasi kedua tempat makan lagi iaitu di Pulau Sayak. SEpanjang perjalan ke sana .saujana mata memandang sawah padi menghijau..sejuk mata ...macam-macam pertanyaan ananku bertanya dlm kereta tentang pokok-pokok yg ada sepanjang perjalanan... Berpandukan panduan yg abg dolah bagi dan gps kami akhirnya sampai ke tempat yg dituju... Erm..kat sini pengalaman takleh lupa..makan udang goreng kunyit..segar2 udangnya..sedap..serta mee udang..pandangan kami ...lebih sedap dr..mee udang kuala sepetang...entahlah...udangnya yg fresh dan pemandangan yg indah membuatkan kami semua takleh lupa...anak-anak pulak leka bermain pasir dan mencari ikan dan siput yg terdampar...di persisiran pantai..Setelah menemurah serba-sedikit dengan pekerja/owner kedai tu..baru kami tau rupanya masa tsunami dulu..mereka juga terlibat..seminggu mereka menumpang di surau..pepun sekarang telah kembali pulih seperti sediakala....memang restoran tu betul2 di tepi pantai..Kami disitu agak lama sehingga pukul 3 petang...

5.00 petang: kami ketika ini berada di Batu Feringgi..mencari hotel,motel..resort..semuanya penuh...huh penat...rupanya tanggapan kami salah..ingatkan hari bekerja ada hotel yg kosong ..rupanya tidak..full book...kami solat agak lewat ..akhirnya setelah solat...kami dpt juga menginap di salah sebuah hotel di pusat bandar..lepas nie kalu sesiapa nak tidoq kat batu feringgi kena book awal2...moga menjadi pengajaran buat kami ...nak makan pasambo kat padang kota pun tak berapa selera..mungkin sebab terlalu penat...nasi ayam goreng pun payah nak habis ...last2 balik tido lagi best..


10.00 dah checked out..plan nak pie bukit bendera..tapi tak kesampaian "sedang dibaiki" so kami pun terus ke taman botani...
12.00 tengahari : Kami pekena nasi kandar "Line Clear"sodap....patutla masuk tv...

Nasi Kandar Line Clear
 Behind 177 Penang Road 
Penang
 Tel : 04 2614440
Business Hour : 24 Hours
Closed every one fortnight on Tuesday and from 1pm – 2 pm for Friday prayers

Friday, April 23, 2010

dapat ilmu lagi utk anak2
http://www.starfall.com/

Friday, April 16, 2010

Sungguh-sungguh dalam pekerjaan dan amanah.

Seorang penyair arab telah bersyair:
Pekerjaan hari ini ditangguh besok;
Kerana segan ,bukannya sibuk;
Siapa tahu hari besok;
Mungkin ajal datang menjenguk!

Ya Allah! Aku berlindung dengan namaMu dari rasa sedih dan duka!
Aku berlindung dengan namaMu dari rasa lemah dan malas!
Aku berlindung dengan namaMu dari sifat bacul dan kikir!
Aku berlindung dengan namaMu dari beban hutang dan penindasan orang!

Sunday, April 11, 2010

Hobi baru buat Kek...

Tak terfikir lak nak jual homemade kek...tapi nak buat canner tak sampai hati nak tolak permintaan kengkawan...so hari ni cubalah buat kek yg dipesan ..2 biji kek pisang...kata abe biarlah kita sedekahjelah sampaikan hajat orang..maklumlah tak surelah sedap ke idak..yg tempoh hari mike kata sedap...ha..ha..anyway harap2 menjadilah..nak buat bisnes belum lagi ..maklumlah keutamaan sekarang kepada anak2...pisang dah 2 -3 sikat dah beli .kalu tak buat nanti pisang tu rosak lak...pepun semoga anak2ku tak kacau ummi buat kek..yer sayang.


Kejap lagi ummi buat kek kegemaran anak ummi lak yer..kek coklat...k :-D. Ummi cadang nak buat 4 biji kek..so boleh ler kengkawan kat sek ummi lak dpt merasa.. sampai ke malam ler bakar kek...maklemler ovennya satu loyang pun ader tiga jer...Erm..terasa seronok lak sebab menjadi..abinya pun suka :-D

Sunday, April 4, 2010

Permata hatiku yang ketiga...Muaz..sudahpun tiga tahun..

Alhamdulillah ..hari ni aku dpt jugak cari bahan utk didik anakku terutama utk anak lelaki ku nie..dr blog http://www.darwishndarwisya.blogspot.com/.. betapa ibunya sangat bijak mengajar anak lelaki sedari kecil lagi.. semoga carian ilmu ini dapat menambah ilmuku dlm mendidik anak-anakku.. Mulai hari ini ummi akan sungguh-sungguh mendidikmu sayang..

Sunday, March 28, 2010

Kek Pisang..First time buat.

Pisang dr kampung.. kata mak pisang kelat..dengan pisang awak..alaahai dah masak menguning..nak goreng nanti makan minyak pulak..kalu buat cucur ..biasa sangat dah.dan memang dah buat.. .dah masak2 pulak tu..tengah berkira-kira nak buat ape terfkir lak nak buat kek..anak2 mesti suka..so try lah jeguk2 resepi kat internet nie alhamdulillah jumpa.. than operate sikit2..ha..ha.. supaya tak terlupa so kutulih kat sini kot2 nanti leh buat lagi..

Bahan
  • 4 biji pisang sederhana besar
  • 3 biji telur sederhana besar
  • 1 3/4 cawan tepung naik sendiri/tepung gandum + 1 sudu teh baking powder
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak
  • 1 sudu teh bicarbonat soda
  • secubit garam

Cara-cara

1. Pukul telur dan gula hingga kembang

2. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul

3. Kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit sehingga habis (lebih selok kalau diayak bersama dengan bikabonat soda ).dan tambah garam 1 sudu kecil kalau guna tepung gandum.

4. Akhir sekali masukkan minyak dan gaul adunan hingga sebati

5. Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit margerin dan dialas dengan kertas minyak

6. Bakar hingga masak selama 45mins dengan api sederhana lebih kurang 175 darjah calsius atau pastikan kek telah masak dengan mencucukkan lidi dan jika lidi bersih bermakna kek telah masak


Friday, March 26, 2010

Penghayatan Bacaan Al-Qur'an Secara Menyeluruh


Al-quran itu..kalamullah..
Syamil Al-Qur'an The Miracle 15 Dalam 1
PROMOSI!! Hanya RM 200 shj senaskah..
1. Al-Qur'an Terjemah Per Kata
2. Penterjemahaan Bahagian Agama
3. Tajwid Menggunakan Sistem Quantum Reading Qur'an
4. Panduan Hukum Tajwid
5. VCD Tutorial Sistem Quantum Reading Qur'an
6. Tafsir Al-Muyassar
7. Asbabunnuzul
8. Doa-doa dalam Al-Qur'an
9. Mukjizat Al-Qur'an
10. Indeks Al-Qur'an
11. Atlas Al-Qur'an
12. Kisah Para Nabi dalam Al-Qur'an
13. Zikir Al-Ma'surat
14. Intisari Ayat
15. Links to Related Articles
Berminat terus hubungi ummi ain di talian/sms 012-2773753

Wednesday, March 24, 2010

Masak...masak


Dah hampir 1 jam lebih tulang lembu yang kubeli dari pasar malam dengan harga 1 kilo RM 12 akhirnya lembutlah daging yang ade kat tulang tu.. lama dah tak masak sup tulang..tu yang agak teruja.. hajatnya nak ajak suami makan tengah hari sama tapi memandangkan dia banyak urusan diluar yang belum selesai..jd ummi ngan hero ummi jelah yang makan tengah hari.. ..ngan hati goreng kicap..Abi janji nak makan malam bersama..


SEbelah petang pulak ummi masak kek kegemaran anak2 apalagi kalu bukan kek coklat lembab berserta topping coklat rice kali nie berwarna warni..
Untuk makan malam dah ader lauk ..maklumle 1 kilo ..banyak tu..ummi paskan kerumah jiran semangkuk..beserta kek coklat.dah biasa kami bertukar juadah..sesama jiran...
Teringat lak dlam peti ais ader baki ikan sardin tin so aper lagi.. buat nasi goreng sambal sadin la pulak..ditambah sayur sawi..alhamdulillah lengkaplah menu makan malam kami sekeluarga..jom abi makan..nasi nasi goreng sejuk tak sedap..

Monday, March 22, 2010

Umrah..Bila pulak giliranku ?..


Alhamdulillah..penantian dekat 3 jam ..baru lah sampai mak ngan adik dari tanah suci mekah. Aper nak buat segala perancangan dah dibuat tp ALLAH yang menentukan...kapal dari jeddah delayed ..sepatutunya 10.45pagi jadi 1.35 petang .. dan 2.30 baru ketemu... umrah ..walaupun hanya tempohnya 10 hari tapi auranya berbeza bila orang yg kita sayang berada jauh beratus kilometer dari kita..terutama ke mekah..tanah suci..


Oleh kerana masing-masing dah keluar rumah awal pagi so..takderler persediaan nak tapau aper2 dr rumah..cuma sebungkus 2 nasi lemak makjang bawa ngan kek kegemaran mak"kek gula hangus"..so kami sepakat nak beli roti alas perut dan lepak2 kat kfc bawak anak2 main di situ menghilangkan rasa resah bebudak menunggu. ALhamdulillah ader orang seponser makan kfc.. takder lah lapar sangat maklumlah hingga tgh hari...perutku nie pulak takleh kosong..kurembat nasi lemak ngan ayam kfc seketul shara ngan husband..anak2 ku ngan sepupu-sepupunya leka bermain pun diajak makan kfc jugak kalinie makciknya pulak belanja..murah rezeki bagi makan orang yang tengah kelaparan ..yer tak??


Jam telah menunjukkan 1.25 petang..menandakan waktu zohor hampir tiba..maka kami semua lebih kurang 25 orang termasuk anak2 ke surau KLIA yang berdekatan dengan KFC..menunaikan solat zohor..anak2ku juga tak terkecuali kuarah untuk mengikut sama..
Ya ALLAh punya lah ramai anak buah semuanya lebih kurang 14 orang berada dlm lif tu..membuatkan lif tu terkejut agaknya dengan kebisingan kami..he..he..he..sampai aderlah kes anak buah yang hilang kejap dr pandangan mak bapknya..10 ke 20 minit..mujurlah semuanya tak hilang ...sejarah berulang kembali..terkeluarlah cerita2 masa kecik2 dulu ader diantara kami adik-baradik yang hilang ketika ke pasaraya..almaklumlah adik-beradik ramai semuanya masa tu masih mentah lagi..:-)


Rombongan dari klia bercadang singgah di rumahku..kerana rumahku paling dekat ngan klia.. jadi suamiku sebagai tuan rumah bersamaku ngan anak2 bergegas pulang ..singgah di bangi beli ayam ngan udang..dlm fikiranku nak buat ayam goreng salut tepung ngan sup udang .. itu yg mungkin kubuat..ha..ha..alhamdulillah sesampai dirumah baby aqilah seperti telah memahami kehendakku ..dia tidur dengan nyenyaknya..bolehlah kumasak..sementara mereka semua menjamah jajan yang dibawa pulang dr umrah..itulah kisah yang memang kita merancang..kadang-kadang berjaya kadangkadang tidak...semunya bergantung kepada keadaan dan ketentuan dr MAHA PENCIPTA..semoga kita semua dlm REDO'Nya.

Wednesday, March 17, 2010

KEK COKLAT MOIST




KEK COKLAT MOIST

Bahan-bahan

1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Campurkan semua bahan diatas dan ayak 1-3 kalau malas 1 kali)
3/4 cawan minyak jagung
1 ½ cawan gula pasir
1 cawan susu cair
2 - 3 biji telur
1 cawan air panas mendidih

Cara-cara :-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah.
2. Gaulkan minyak jagung dengan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit selang seli dengan susu cair dan gaul hingga sebati.
5. Campurkan air panas mendidih dan gaul lagi hingga sebati.
6. Tuang pada tin pembakar yang telah disapu minyak jagung. Bakar sehingga masak.

Untuk pastikan kek masak ialah dengan cara cucukkan lidi penguji di tengah-tengah kek
. Bila lidi keluar bersih bermakna kek dah masak.

7. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat topping.

P/S : Tidak menggunakan mixer. Apabila menggaul hendaklah kacau semua bahan dalam satu putaran sahaja. Kek harus dibakar sebaik sahaja sesudah mencampurkan air panas ke dalam adunan selama 45 ke 1 jam dengan suhu 175 darjah calcius.

Monday, March 8, 2010

Saturday, March 6, 2010

Kek gula hangus



Inilah Resepi Kek Gula Hangus

Bahan utk dijadikan gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega/ marjerin

caranya goreng gula sampai tu.. sampai jd perang gelap.. lepas tu masukkan air panas sikit-sikit (hati-hati sebab mungkin boleh terpercik)dan kacau sampai semua gula larut dengan api yang sederhana dan last sekali masukkan marjerin

4 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 s/besar soda bikarbonat
1 s/besar esen vanila

Ayak tepung bersama soda ( ketepikan), kemudian masukkan telur, susu pekat dan esen vanila dlm blender, putar 2 kali..agak kembang masukkan tepung sikit-sikit dan putar hingga habis dan tuang air gula hangus, putar lagi 2/3 kali hingga kembang. kek ni mmg senang nak buat sbb guna blender je, lagi satu peringatan klu nak kek ni byk lubangnya mcm sarang lebah tu perap adunan ni dlm 3 jam baru bakar. biarkant je dlm blender sampai 3 jam . bakar dlm oven suhu 160 darjah selama 40-60minit... ok siap utk di makan..nanti leh buat lagi.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...