Thursday, December 31, 2009

Semangat...

Alhamdulillah... hari ni dah mula mendaftar puteriku yg kedua ke sekolah...
Nampak excited... pagi-pagi lagi dah bangun...tak terkeculai adiknya Mua'z
turut tak nak ketinggalan...siap dengan kasut sekolah beserta stokin...macam dia pulak
nak belajar kat situ..."ummi, mua'z pun nak sekolah jugak..." dengan nada pelat..dah banyak kali mua'z cakap...."em..camner nak sek...mua'z pakai pampers lagi..." puteraku yang sorang nie bakal nak mencecah 3 tahun ni ..diam... entahlah..paham ke tidak aper yang ummi cakap....aper2 pun..itulah semangat budak kecik nie...seronok tengok perkembangan dia... Bila minta kakak2nya hafal surah.. dia pulak yg sibuk nak hafal...pendek kata ..aper yang kakak2 nya buat diapun nak ikut serta...masih putih dan bersih...

Wednesday, December 23, 2009

Baca Al-Quran

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..baru rasa macam nak taip sesuatu..mungkin boleh menjadi memori di masa akan datang..

"Kelas tahfiz yang dah nak masuk minggu ketiga ni mungkin akan ditangguhkan dulu..tapi tak bermakna tamat sesi mengaji dan menghafal tau"...inilah yang ummi cakap pada 2 orang puteri ummi..nie. Selepas solat magrib ...ummi kena pastikan yang anak-anak ummi ini mengulang hafazan dan cuba hafal beberapa ayat lagi sebagai tambahan...yelah baru dapat .. kalu tak mengulang nanti lupa pulak apa yg dah dihafal... emm..itu yg selalu diingat...tapi kekadang anak-anak ummi nie banyak main.

Syukur... Kak Ngah dah boleh hafal semua surah dalam juzuk 30 tu..Kak Long..walaupun masih banyak lagi tapi kena juga habiskan... jangan putus asa yer sayang..Ummi tau... Kak Long pun boleh hafal.. dah 6 surah dah kan...teruskan... kena baca banyak kali sesuatu ayat baru boleh ingat...Kata-kata semangat dan kefahaman kenapa kena hafal memang selalu kena mention..Ummi dan Abi inginkan anak -anak yang soleh dan solehah...Muaz sekarang ni.. dah mula nak baca iqra' .. tak derla asyik nak kacau kakak2 dia baca quran...Anyway.. Terima kasih ustazah Atikah di atas bimbingan...

Monday, December 7, 2009

Makan Malam di Restoran Makanan Arab Saba'




Salam pertemuan...

Selepas sembahyang isyak di masjid hasanah bbb, suamikiu terus call Che Nan rakan partnernya.. menyanyakan lokasi mereka.. rupanya mereka sekeluarga sembahyang kat masjid Putrajaya.. dalam hati pikir sure mereka sampai dulu..elok juga sebab 3 empat bulan lepas pergi, masa tu kena tunggu..almaklumlah ramai pelanggan restoran ni.. Rupanya kami sampai dulu..
bile dah nampak Rahim Bistro.. dah sampailah tu, ujar abi, suamiku. Nak cari restoran ni memang agak mengelirukan..tak sabar rasanya nak pekena nasi arab ni.... sebab perut ni dah berkeroncong,..

Restoran Saba'
Sebuah restoran arab Yaman yang terletak di Cyberjaya. Bagi yang pertama kali nak cari restoran ini mungkin akan sesat. Ni dah kali kedua.. so..boleh lah agak-agak jlnnya.
Menu yang disediakan ialah hidangan nasi arab yang amat menyerupai nasi beryani, cuma bezaanya nasi arab ini sedap, lembut daging ayamnya fresh dihidangkan mengikut resipi dan citarasa exotic arab.



Mereka order
Saba' Chicken Kabsa (ayam sekilo) ngan kambing (1/2 kilo) saiz pinggan dan isi kandungannya memang banyak cukup untuk kami 2 keluarga.. 2 jug hot tea atau naq' naq .ngan gelas kecil..serta air epal dalam botol yang diimport dari sana.. memang unik. Ader lagi order special macam kebab le tapi daging kambing ... em.. bagi mereka yang suka daging kambing macam suamiku nie em.. sedap le... Semuanya menyelerakan... Cost kesemuanya tak le mahal sangat RM 80.00 ditanggung oleh superb trading. NAnti belanjer lagi ye superb...he..he.

Bagi yang teringin nak pergi ni alamatnya..

SABA' RESTAURANT
4800 SUITE, 0-2 GROUND FLOOR
BLOCK A1, JALAN PERDANA
CBD PERDANA CYBERJAYA
TEL: 03-83202544
Landmark yang paling popular untuk menjejak restoran ini ialah Cyberjaya International College

Kelas Hafazan

Hari ni bermula kelas hafazan untuk 2 orang puteriku kak long dan kak ngah.
Harap-harap mereka boleh ikut program yang diberikan kepada mereka. Yelah,
pada pandangan kasar, mereka tu masih kanak-kanak lagi.. tapi kalu ikut pendidikan
orang sebelah tanah arab tu.. nak jadikan anak hafi/hafizah kena bermula dari kecil..
Kata pepatah..orang melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya...
Masa balik dari kelas tadi nampak ok.. je. seronok katanya... Harap-harap berterusan
keseronokkan mengaji dan menghafal..tu ..targetnya..supaya boleh hafal keseluruhan juzuk 30 puluh tu... dalam masa cuti nie... amin...Moga-moga menjadi kenyataan.

Thursday, December 3, 2009

Keluargaku....Pereratkan silaturrahim..

Keluarga Bahagia


Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya

Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang


Ketika insan lain berbahagia
Bersama k
eluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan


Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya

Ayuhlah bina semula

Kelu
arga diredhai Allah



Tuesday, December 1, 2009

Happy Birthday to Madihah



Selamat hari lahir yang ke 6 tahun.. semoga jadi anak yang solehah.



Monday, November 30, 2009

Raya haji.. rumah abang Dolah

Malam pertama raya
Sambutan raya haji tahun ini sedikit kalainan... almaklumlah ayahanda Abdul Haliff telah kembali ke rahmatullah... alhamdulillah.. semua ahli keluarga dapat berkumpul di rumah abg Dolah..kecuali rahmat yang kini berada di jordan.

Walaupun masing-masing masih lagi penat dalam perjalanan yang berjam-jam.nak ke sg. petani namun masing-masing ceria... terutama anak-anak...

Pagi raya kedua
Anak-anak ikut join sekali ke tempat korban lembu...tahun nie adik-beradik lain yang korban lembu.. aku tak masuk senarai.. insyaallah tahun depan...semoga korban mereka diterima oleh
Allah. Kemudian sedikit program membaca al-quran 30 juzuk

Tuesday, November 24, 2009

Kenapa kita suka mengeluh ???


Salam pertemuan..

Bersyukur atau mengeluh dengan apa yang berlaku terhadap diri kita???? Dua perkataan yang berlawanan dan kedua-duanya ada impaknya yang tersendiri.

Bersyukurlah setiap hari setidaknya satu kali sehari.
Bersyukurlah atas pekerjaan kita, kesehatan kita, keluarga kita atau apapun yang dapat kita syukuri selama 10 ke 30 saat.

Tidak mengeluh bila menghadapi kesulitan cuba lakukanlah tindakan ini.
Tutuplah mata, tarik nafas panjang, tahan sebentar dan kemudian hembuskan pelan-pelan dari mulut, buka mata,senyumlah dan pikirkanlah bahwa suatu saat nanti kita akan bersyukur atas semua yang terjadi pada saat ini.

Bagaimana kita dapat memanfaatkan peluang dan bagaimana kita memanfaatkan masalah? Kedua-duanya adalah ‘musibah’ yang baik, yang Allah kurniakan sebagai guru kehidupan kita.

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal” (At-Taubah : 51)

Semua musibah sama ada berupa kurnia mahu pun bencana, adalah ketentuan Allah UNTUK kita. Namun, sikap kita dalam menghadapi cabaran itulah yang menentukannya. Jangan lupa diri terhadap kejayaan dan jangan lemah se

mangat dengan kegagalan. Sesungguhnya kejayaan itu bukannya destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.


Kita selalu

Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... .......


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ....dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Sunday, November 22, 2009

KERJA..SUATU AMANAH

Memelihara waktu kerja adalah amanat yang harus dipelihara dan ditunaikan,

Allah Ta’ala berfirman, Ertinya,
“Sesungguhnya Allah Ta’ala menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”, (QS. an-Nisa’: 58)

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (QS. al-Ahzab : 72)

Lirik Dikir Barat : Untukmu Umi dan Abi


Kami anak-anak tadika pasti Dikir ini kami sembahkan
Untuk abi dan
juga umi Sekadar untuk
menghibur hati
Wahai abi-abi wahai umi-umi wahai abi umi.


Pulang sekolah makan disaji Makan bersama Encik Rani
Belajar mengira membaca dan mengaji Itulah rutin setiap hari
Wahai abi-abi wahai umi-umi wahai abi umi.


Hendak ke pasar membeli cili Tapi terbeli serbuk cili
Setiap hari muhasabah diri Agar tidak bersusah hati
Wahai abi-abi wahai umi-umi wahai abi umi

Buah cempedak sibuah ciku Mari dipetik di tepi pantai
Kalau dengar nasihat cikgu Nanti jadi murid yang pandai.

Wahai abi-abi wahai umi-umi wahai abi umi

Saturday, November 21, 2009

Ikhtifal Pasti 09


22.11.09
Assalamualaikum...
Pagi ini , puteriku yang kedua terlibat dalam ikhtifal pasti 09. Apa pula persembahan yang akan dipersembahkankannya.... harap-harap semua yang telah dirancang akan terlaksana dengan jayanya..Insyaallah..

Kejap lagi ummi, kak long adik mu'az serta abi akan menyusul... walaupun tahun ni kak ngah tak dapat nombor satu.. ummi tetap berbangga kerana anak ummi telah berjaya menghafal beberapa surah yang panjang dari juzuk 30 tu... sebagai denda yang abi bagi..

Tahun depan kak ngah takleh malas-malas lagi k..

Friday, November 20, 2009

Kursus Asas Membina Blog





Dari Bilik Komputer SMKBBB



Pagi ni baru first time belajar buat blog. Tapi tak tak dapat tumpukan sangat perhatian.. masalah perut yang ngilu..ngilu..sakit. Walaubagaimanapun kena teruskan juga.. almaklumlah bukan selalu dapat belajar ni.. dari Kak Mazirah dan member-member.













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...