Kek Epal Madihah


Bahan-bahannya:
3 biji epal hijau/yang biasa (dikupas kulit dan didadu halus)
3 sudu besar gula pasir
1 batang kulit kayu manis


Campurkan semua bahan diatas, gaul di atas api sederhana dengan ¼ cawan air selama 2 minit dan tutup api..

1/2 cawan minyak jagung
2 biji telur
1 cawan tepung serbaguna
1 cawan gula kastor atau1/2 cawan gula kasar
1/2 sudu besar perasa vanila
1 sudu kecil rata soda bikarbonat
Cara membuatnya:
  1. Panaskan oven pada suhu 155 darjah celcisus.
  2. Putar telur, minyak, gula dan esen vanila dalam blender.
  3. Campurkan tepung  & soda yang diayak dan gaul rata dalam bekas adunan.
  4. Masukan campuran epal tadi dan di gaul rata semuanya. Bakar dalam acuan yg telah disapu sedikit mentega dan sedikit tepung. Guna pembakar spring bulat berdiameter 24 inci.
  5. Bakar adunan pada suhu 155 darjah celsius selama 45 minit -1 jam.
Topping:Kalu nak buat.. hari tak sempat buat anak2 tak sabar nak makan..
1 cawan mentega
180 gram krim keju
1 sudu teh perasa vanila
1 1/2 cawan gula icing

Cara membuatnya:
  1. Pukul mentega dan krim keju sehingga berkrim.
  2. Masukkan vanila dan 1 cawan gula aising. Tambahkan gula kalau terlalu cair atau tambahkan air/susu kalau pekat.
  3. Sapu adunan tadi diatas kek setelah kek sejuk.
  4. Ayak baki gula icing tadi diatas kek.
  5. Hiaskan kek dengan hirisan epal di sekeliling kek sekiranya suka.
Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...