Wednesday, March 17, 2010

KEK COKLAT MOIST




KEK COKLAT MOIST

Bahan-bahan

1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Campurkan semua bahan diatas dan ayak 1-3 kalau malas 1 kali)
3/4 cawan minyak jagung
1 ½ cawan gula pasir
1 cawan susu cair
2 - 3 biji telur
1 cawan air panas mendidih

Cara-cara :-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah.
2. Gaulkan minyak jagung dengan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit selang seli dengan susu cair dan gaul hingga sebati.
5. Campurkan air panas mendidih dan gaul lagi hingga sebati.
6. Tuang pada tin pembakar yang telah disapu minyak jagung. Bakar sehingga masak.

Untuk pastikan kek masak ialah dengan cara cucukkan lidi penguji di tengah-tengah kek
. Bila lidi keluar bersih bermakna kek dah masak.

7. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat topping.

P/S : Tidak menggunakan mixer. Apabila menggaul hendaklah kacau semua bahan dalam satu putaran sahaja. Kek harus dibakar sebaik sahaja sesudah mencampurkan air panas ke dalam adunan selama 45 ke 1 jam dengan suhu 175 darjah calcius.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...