Thursday, November 25, 2010

Sate Hidayah..sempena daging korban

Sate Hidayah

1 kg isi daging

1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
lidi sate
minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)

Bahan yg perlu dikisar:

3 ulas bawang merah
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
4 cm halia
2 batang serai
4 cm lengkuas
1 sudu besar ketumbar } disangai
1 sudu kecil jintan manis } disangai
1 sudu kecil jintan putih } disangai

Cara membuatnya:

Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam .
Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.
Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.

Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk mengelakkan lidi hangus bila satay dibakar.

Letak sikit minyak masa perap supaya daging tu lembut..dan masa bakar renjis minyak dengan serai yg diketuk..dah buat td..anak-anak suka..sebab mereka pun tlg bakar sama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...