Friday, February 12, 2010

Khasiat Makanan Herba Untuk Ibu Dalam Pantang



Kurma

Kajian membuktikan bahawa kurma adalah antara makanan yang paling penting diproses bagi membekalkan tenaga. Memandangkan selepas bersalin, anda perlu menggabungkan pelbagai jenis makanan untuk menggantikan tenaga dan darah yang berkurangan, jadi kurma adalah pilihan yang sesuai. Selain itu, ia turut kaya dengan unsur zat besi dan kalsium bagi merangsang penghasilan susu ibu.



Lengkuas

Lengkuas berkhasiat dalam membantu membersihkan darah, menghalang gangguan perut dan merangsang otot.



Lada Hitam

Lada hitam terkenal sebagai ubat dalaman kerana ia berupaya mengeluarkan angin dari perut dan usus serta bermanfaat untuk memanaskan badan. Selain itu, ia juga dapat melancarkan aliran darah, mengatasi kembung perut dan mengubati sakit serta pening kepala.




Halia

Ia mengandungi atsiri, damar, mineral sineol, vitamin A, B1,C dan protien menjadikannya baik untuk mengubati luka luar dan dalam,merawat kegatalan, merangsang kelenjar pencernaan dan membangkit selera makan. Rasa dan aroma pedasnya pula dapat menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh dengan berkesan.




Bawang Putih

Bawang putih mengandungi tinggi karbohidrat, sedikit protien, serat serta lemak. Selain itu, vitamin dan bahan galian yang penting untuk kesihatan seperti vitamin C, zat besi dan pottasium banyak terkandung di dalamnya. Lantaran itu ia sangat baik untuk menyembuhkan luka. Amalan memakan bawang putih sangat elok diamalkan kerana ia menjadikan anda kekal bertenaga.



Kunyit

Kunyit dapat membersihkan perut, melepaskan lebihan gas pada usus, menghentikan pendarahan, melancarkan aliran darah dan mencegah pengumpulan darah.



Serai

Kandungan citral di dalam serai amat berkesan dalam membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Antara lain, tonik yang ada juga boleh merangsang sistem badan. Malah turut membantu anda menurunkan suhu badan.

Sumber : Rahsia Alam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...