Semua perkara yang berlaku dalam kehidupan ini mengandungi hikmahnya yang tersendiri.Redo' dengan katentuanNya menjadi penawar bagiku.
Wednesday, December 1, 2010
Thursday, November 25, 2010
Sate Hidayah..sempena daging korban
Sate Hidayah
1 kg isi daging
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
lidi sate
minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)
Bahan yg perlu dikisar:
3 ulas bawang merah
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
4 cm halia
2 batang serai
4 cm lengkuas
1 sudu besar ketumbar } disangai
1 sudu kecil jintan manis } disangai
1 sudu kecil jintan putih } disangai
Cara membuatnya:
Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam .
Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.
Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.
Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk mengelakkan lidi hangus bila satay dibakar.
Letak sikit minyak masa perap supaya daging tu lembut..dan masa bakar renjis minyak dengan serai yg diketuk..dah buat td..anak-anak suka..sebab mereka pun tlg bakar sama.
Thursday, November 18, 2010
Sunday, November 14, 2010
Majlis Penyampaian Hadiah 2010
Dulu.... Itulah nama majlisnya...
bila hujung tahun selepas semua kertas peperiksaan akhir tahun dah dapat..
pasti majlis ini kutunggu sebab ara hadiah ..kalau tak dapat hadiah keputusan baik iaitu no 2 @3 paling kurang dapat hadiah kedatangn penuh...
Mengimbau masa sek rendah dulu ambil hadiah dengan memakai kasut yang dah lusuh dan koyak..tp ketika tu perkara tersebut tak diambil kira...seperti telah memahami mak ayah tak leh nak beli ..maklumlah ketika itu pendapatan dari hasil noreh getah...tp hati tetap gembira..
Malam nipun insyaallah anak2ku juga bakal mendapat hadiah yang majlisnya nama apa pun kurang pasti sebab anak-anakku tertinggal surat jemputan .....tu yang agak suprise ..maklumlah anak-anakku baru tahun 1 dan 2 . Umi pun excited nak tau..inyaallah malam nie ummi ngan abi akan menghadirinya..beserta dengan adik2 kalian. Yang penting anak-anak ummi telah buat yang terbaik ...ummi doakan kalian akan terus berjaya ....bersambung
.....
Sambungan
Majlis Kecemerlangan Akademik...itulah namanya...
Tahniah kerapada guru-guru dan pelajar sekolah agama integrasi Ar-RAihan kerana telah mendapat keputusan yang "mumtaz" seramai 15 orang dalam peperiksaan agama untuk tahn 6.
Tahniah juga buat anak2 ku...Moga hadiah/piala tersebut menjadi dorongan kepada kejayaan-kejayaan lain tahun hadapan..ape yang menjadi kepentingan ummi dan abi ialah ilmu kalian bertambah seiring dengan umur kalian.
Itu cerita di sek agm..sek kebangsaan pula..nama majlis lagi gah..Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik...alhamdulillah..dah
Friday, October 15, 2010
Cebisan nukilan yang ummi baca dr buku :
Mu'az bin Jabal pernah berkata: "Pelajarilah ilmu, dengan mempelajari ilmu kerana mengharapkan wajah Allah itu mencerminkan takut, mencari ilmu adalah ibadah, mengkajinya adalah tasbih, menuntutnya adalah jihad, mengajarnya kepada ahli keluarga adalah taqarrub..."
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui apapun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukyur." ( Surah Al-Nahl 16:78 )
KalamNya terletak segala Ilmu..iaitu AL-Quran..Bacalah ia..hayatilah..amalkan.
http://liriknasyid.net/shoutul-amal-semarak-perjuangan

Thursday, October 7, 2010
Tuesday, September 7, 2010
Selamat Hari raya TAhun 1431 hijrah
Dah lama tak menulis... insyaallah lagi dua hari nak raya.Bagi sesiapa yang terbaca ruangan blog peribadi saya nie ..sy ucapkan selamat hari raya maaf atas segala kecacatan yang terdapat dalam blog nie..sesungguhnya kita tidak terlepas untuk membuat kesilapan di atas dunia nie..terutama kepada orang2 yang berada dekat dengan kita..
Pagi nie plan nak buat kuih gunting atau kami panggil kuih pakuda.dan kuih siput...harap2 anak-anakku tak mengganggu..Kalau sberkesampatan akan dicicipkan resepinya disini insyaallah.
Pagi nie plan nak buat kuih gunting atau kami panggil kuih pakuda.dan kuih siput...harap2 anak-anakku tak mengganggu..Kalau sberkesampatan akan dicicipkan resepinya disini insyaallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)