Saturday, August 27, 2011

Bulan Ramadhan bakal Berakhir..dan Syawal hari kemenangan!!!

Semoga kehidupan kita sentiasa dalam perhatian dan perlindungan dari Allah. Perbayakkan amal sementara usia dan masa masih berbaki..dan Ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang lalu.

Perkara sunnat yang perlu dibuat menjelang syawal
1. Malamnya perbayakkan takbir dan tahmid.
2. Bangun awal pagi mandi sunat hari raya.
3. Solat Subuh berjemaah.
4. Bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
5. Makan sedikit juadah sebelum ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya.
7. Balik mengikut jalan yang berbeza daripada pergi ke masjid .
6. Ziarah menziarahi dan melayan tetamu dengan penuh kasih sayang.

Wednesday, June 29, 2011

لو كان بيننا الحبيب jika bersama kita adalah Rasulullah s.a.w



Sayu dengar nasyid nie.WAlaupun tak faham maknanya. Insyaalah nanti nak cari maknanya.

Friday, May 27, 2011

Beautiful recitation of Surah An-Nur [English subtitles]


Tarannum bayati, hijaz, nahwand dan rast.
Surah An-Nur 21- 26

Monday, May 23, 2011

Katakan pada diri sendiri.

Walau apapun yang Aku buat: Niat kerana Allah, buat sebaik mungkin dan hanya mencari keredhoan Allah bukan penghargaan manusia.

Sunday, May 8, 2011

Hati ?

Kalau hati seperti air, jangan dibiar ia keruh.
Kalau hati seperti awan, jangan dibiar ia mendung.
Kalau hati seperti bulan jagan dibiar ia gerhana...
Faktor pemusnah potensi hati dan penyebab bagi segala kekacauan tersebut:
* Makan minum yang haram atau syubhah.
* Dosa dan Maksiat.
* Dosa secara khususu berkaitan dengan ibu bapa.
* Menjauhi majlis ilmu.
* Bersahabat dengan orang yang buruk aklaknya.
* Cinta dunia.
* Mengabaikan ingatan terhadap akhirat.

Hati yang hidup haruslah:
- Menjaga persoalan kehalalan rezeki.
- Mengawal diri dari mungkar dan maksiat.
- Membanyakkan istighfar dan bertaubat.
- Istiqomah datang ke masjid dan menyintai majlis ilmu.
- Bersahabt dengan orang yang baik.
- Membanyakkan zikrullah dan membaca al-quran.
- Banyak mengingati mati.
- Bersifat pemurah.

Jadilah kita seperti manusia yang DIAM ITU FIKIR DAN BERCAKAP ITU ZIKIR.

Friday, May 6, 2011

Hafidz Muda Malaysia: The Interview!

Peranan Ibu bapa sangat penting dalam pendidikan anak-anak sedari kecil. Walaupun ibubapa bukan hafiz@hafizah namun dapat memberikan peluang pendidikan tahfiz kepada anak-anak mereka. Semoga impian adik Muhammad menjadi kenyataan termasuk impian ibubapa yang lain ingin menjadikan anak mereka hafiz@hafizah.

Bacaan Al Qur'an - Surah Yaasin oleh adik Muhammad Ahmad Zahid Al Hafiz...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...