Thursday, February 17, 2011

Hafal sifir

Salam semua..lamanya tak menulis..
Hari nie tanpa fikir panjang terus buka blog dan menaip.
Nak kongsi sedikit ilmu untuk hafal sifir bagi anak kita atau mereka yang sukar untuk mengingat cara tradisional menghafal sifir..
Bermula dengan sifir 9 dulu sebab lebih mudah .
Caranya ialah dengan menuliskan pada sehelai kertas seperti berikut:
Bermula dengan menulis 9 hingga 1 seperti di bawah ;
9
8
7
6
5
4
3
2
1
0

Kemudian tulis 1 hingga 9 pada kedudukan sebelah kanannya tetapi kali ni selang selangkah dari atas dan dapatlah sifir 9 yang diingini seperti berikut:
9
18
27
36
45
54
63
72
81
90
Cara hafal sifir dulu seperti berikut
1 x 9 = 9
2 x 9 = 18
dan seterusnya 10 x 9= 90. Cuba kaedah ini selamat mencuba terutama kepada anak2 kita yang payah untuk mengahafal sifir. Erm..tapi pada pendapat peribadi mengahafal cara dolu2 tu lebih efisyen dan cepat.(congak).

Tuesday, February 1, 2011

Doa senjata mukmin.

Sebaik bangun dari tidur sehinggalah tidur kembali..kehidupan kita penuh terisi kebergantungan kita kepada Allah.
Antara Adab-adab berdoa
-Ikhlas karena Allah semata. (QS. Al-Mu’min: 14),(QS. Al-Bayyinnah: 5)
• Mengawalinya dengan pujian dan sanjungan kepada Allah, lalu diikuti dengan bacaan shalawat kepada atas Rasulullah dan diakhiri dengannya.
• Bersungguh-sungguh dalam memanjatkan do’a serta yakin akan dikabulkan
• Mendesak dengan penuh kerendahan dalam berdo’a dan tidak terburu-buru.
• Menghadirkan hati dalam do’a.
• Memanjatkan do’a, baik dalam keadaan lapang maupun susah.
• Tidak boleh berdo’a dan memohon sesuatu kecuali hanya kepada Allah semata.
• Tidak mendo’akan keburukan kepada keluarga, harta, anak dan diri sendiri.
• Merendahkan suara ketika berdo’a, yaitu antara samar dan keras. (QS. Al-A’raaf: 55, 205).
• Mengakui dosa yang telah diperbuat, lalu mohon ampunan atasnya, serta mengakui nikmat yang telah diterima dan bersyukur kepada Allah atas nikmat tersebut.
• Tidak membebani diri dalam membuat sajak dalam do’a.
• Tadharru’ (merendahkan diri), khusyu’, raghbah (berharap untuk dikabulkan) dan rahbah (rasa takut tidak dikabulkan). (QS. Al-Anbiyaa’: 90).
• Mengembalikan (hak orang lain) yang dizhalimi disertai dengan taubat.
• Memanjatkan do’a tiga kali.
• Menghadap Qiblat.
• Mengangkat kedua tangan dalam do’a.
• Jika mungkin berwudhu’ terlebih dahulu sebelum berdo’a.
• Tidak berlebih-lebihan dalam berdo’a.
• Tawassul kepada Allah dengan Asmaa’-ul Husna dan sifat-sifatNya yang Maha Tinggi, atau dengan amal shalih yang pernah dikerjakannya sendiri atau dengan do’a seorang shalih yang masih hidup dan berada di hadapannya.
• Makanan dan minuman yang dikonsumsi serta pakaian yang dikenakan harus berasal dari usaha yang halal.
• Tidak berdo’a untuk suatu dosa atau memutuskan silaturahmi.
• Menjauhi segala bentuk kemaksiatan.
• Harus menegakkan amar ma’ruf nahi munkar (menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemunkaran).
• Hendaklah orang yang berdo’a memulai dengan mendo’akan diri sendiri, jika dia hendak medo’akan orang lain.

Friday, January 28, 2011

JUALAN THUMB DRIVE

Belilah dengan harga yang berpatutan Jenis Kingston.
4GB - RM 27
8GB - RM 44
Penghantaran percuma untuk sekitar Bandar Teknologi Kajang dan Bandar Baru Bangi.(> 5 unit)

Tuesday, January 25, 2011

Demi masa

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]

Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta’ala menerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara:

  1. Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyari‘atkan oleh-Nya.
  2. Melaksanakan amal shalih. Ia bukan sekadar solat, puasa dan zikir, tetapi meliputi semua amalan yang shalih di dalam Islam seperti berbuat baik kepada ibubapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran dan profesional dalam kerjaya.
  3. Berpesan-pesan kepada kebenaran. Memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran kepada orang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah.
  4. Berpesan-pesan kepada kesabaran. Memberi nasihat kepada orang lain agar sabar dalam menghadapi musibah serta sabar dalam melaksanakan perintah larangan Allah.

Saturday, December 25, 2010

Sunday, December 12, 2010

Tunang...

Buat mereka-mereka yang telah bertemu pasangan dan bertunang...tahniah ummi ucapkan.
Sentiasa kena ingat bertunang bukan syarat untuk kamu berdua bebas bertemu @berdating'..

lagu ini utk kalian: Kasih Kekasih

Untuk abang dan adikku : semoga jodoh kalian berpanjangan..dan menjadi suami isteri yang sah nanti..Insyaallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...