Friday, January 28, 2011

JUALAN THUMB DRIVE

Belilah dengan harga yang berpatutan Jenis Kingston.
4GB - RM 27
8GB - RM 44
Penghantaran percuma untuk sekitar Bandar Teknologi Kajang dan Bandar Baru Bangi.(> 5 unit)

Tuesday, January 25, 2011

Demi masa

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]

Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta’ala menerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara:

  1. Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyari‘atkan oleh-Nya.
  2. Melaksanakan amal shalih. Ia bukan sekadar solat, puasa dan zikir, tetapi meliputi semua amalan yang shalih di dalam Islam seperti berbuat baik kepada ibubapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran dan profesional dalam kerjaya.
  3. Berpesan-pesan kepada kebenaran. Memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran kepada orang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah.
  4. Berpesan-pesan kepada kesabaran. Memberi nasihat kepada orang lain agar sabar dalam menghadapi musibah serta sabar dalam melaksanakan perintah larangan Allah.

Saturday, December 25, 2010

Sunday, December 12, 2010

Tunang...

Buat mereka-mereka yang telah bertemu pasangan dan bertunang...tahniah ummi ucapkan.
Sentiasa kena ingat bertunang bukan syarat untuk kamu berdua bebas bertemu @berdating'..

lagu ini utk kalian: Kasih Kekasih

Untuk abang dan adikku : semoga jodoh kalian berpanjangan..dan menjadi suami isteri yang sah nanti..Insyaallah.

Friday, December 10, 2010

game..

Kekadang kita sukar untuk melarang
....
ermm..tak perla mungkin boleh tapi...

perlu ikut syarat-syarat diberi
...
apa syaratnya???

kena tu ,,,kena ni,,, bla..bla..
..ummi tak nak anak ummi hayut dengannya...
...
perpun game nie boleh la menambah ilmu sikit... ##$%^!@#

Sunday, December 5, 2010

Jodoh...

1. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

2. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

3. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti 'magnet' yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

4. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

5. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

6. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...