Monday, May 23, 2011

Katakan pada diri sendiri.

Walau apapun yang Aku buat: Niat kerana Allah, buat sebaik mungkin dan hanya mencari keredhoan Allah bukan penghargaan manusia.

Sunday, May 8, 2011

Hati ?

Kalau hati seperti air, jangan dibiar ia keruh.
Kalau hati seperti awan, jangan dibiar ia mendung.
Kalau hati seperti bulan jagan dibiar ia gerhana...
Faktor pemusnah potensi hati dan penyebab bagi segala kekacauan tersebut:
* Makan minum yang haram atau syubhah.
* Dosa dan Maksiat.
* Dosa secara khususu berkaitan dengan ibu bapa.
* Menjauhi majlis ilmu.
* Bersahabat dengan orang yang buruk aklaknya.
* Cinta dunia.
* Mengabaikan ingatan terhadap akhirat.

Hati yang hidup haruslah:
- Menjaga persoalan kehalalan rezeki.
- Mengawal diri dari mungkar dan maksiat.
- Membanyakkan istighfar dan bertaubat.
- Istiqomah datang ke masjid dan menyintai majlis ilmu.
- Bersahabt dengan orang yang baik.
- Membanyakkan zikrullah dan membaca al-quran.
- Banyak mengingati mati.
- Bersifat pemurah.

Jadilah kita seperti manusia yang DIAM ITU FIKIR DAN BERCAKAP ITU ZIKIR.

Friday, May 6, 2011

Hafidz Muda Malaysia: The Interview!

Peranan Ibu bapa sangat penting dalam pendidikan anak-anak sedari kecil. Walaupun ibubapa bukan hafiz@hafizah namun dapat memberikan peluang pendidikan tahfiz kepada anak-anak mereka. Semoga impian adik Muhammad menjadi kenyataan termasuk impian ibubapa yang lain ingin menjadikan anak mereka hafiz@hafizah.

Bacaan Al Qur'an - Surah Yaasin oleh adik Muhammad Ahmad Zahid Al Hafiz...

Saturday, April 2, 2011

Kongsi Ilmu buat biskut kukis

Hari ni memenuhi undangan kawan minta diajar untuk membuat biskut kukis..berkongsi ilmu..maklumlah saya pun masih baru belajar dan mencuba membuat biskut ni..Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. amin.

Monday, March 14, 2011

Musibah...atas dunia insyaallah ada penyelesaiannya.

Bentuk Ujian datang dalam bermacam-macam bentuk. Doa sentiasa.. dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Musibah diiring dengan nikmat seperti menghapuskan dosa, meningkatkan darjat. Mari kita dengar ceramah ini.

Orang yang sombong adalah orang yang tidak berdoa.

Tuesday, March 8, 2011

biskut kukis


Resepi dapat dari kawan sekolah.Alhamdulillah dah cuba dan menjadi.yang penting anak-anak suka..
  • 1 cawan butter
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bicarbonat
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 cawan gula perang
  • 2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
  • 1/2 cawan chocolate chips
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1/2 coklet masakan (parut)
  • 2 cawan badam + walnut @ hazel nut @ gajus ker.

Cara:

1. Pukul butter bersama gula halus dan gula perang hingga kembang.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips, coklet masakan (yang dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Alas loyang dengan kertas minyak dulu. Kemudian sudukan/buatkan bulat-bulat dan letak bagi jarak-jarak sebab sebab kukis ni akan mengembang dan jangan buat besar-besar..buat seperti seperti guli( saiz kecil ) dan letak coklet chips 1 -3 biji rapat2 pun tak per.
5. Bakar dalam 15 - 20 minit pada suhu 170 degree celcius.

Insyaallah..buat dengan hati yang gembira :) selamat mencuba


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...