Sunday, November 14, 2010

Majlis Penyampaian Hadiah 2010


Dulu.... Itulah nama majlisnya...
bila hujung tahun selepas semua kertas peperiksaan akhir tahun dah dapat..
pasti majlis ini kutunggu sebab ara hadiah ..kalau tak dapat hadiah keputusan baik iaitu no 2 @3 paling kurang dapat hadiah kedatangn penuh...
Mengimbau masa sek rendah dulu ambil hadiah dengan memakai kasut yang dah lusuh dan koyak..tp ketika tu perkara tersebut tak diambil kira...seperti telah memahami mak ayah tak leh nak beli ..maklumlah ketika itu pendapatan dari hasil noreh getah...tp hati tetap gembira..

Malam nipun insyaallah anak2ku juga bakal mendapat hadiah yang majlisnya nama apa pun kurang pasti sebab anak-anakku tertinggal surat jemputan .....tu yang agak suprise ..maklumlah anak-anakku baru tahun 1 dan 2 . Umi pun excited nak tau..inyaallah malam nie ummi ngan abi akan menghadirinya..beserta dengan adik2 kalian. Yang penting anak-anak ummi telah buat yang terbaik ...ummi doakan kalian akan terus berjaya ....bersambung
.....

Sambungan
Majlis Kecemerlangan Akademik...itulah namanya...
Tahniah kerapada guru-guru dan pelajar sekolah agama integrasi Ar-RAihan kerana telah mendapat keputusan yang "mumtaz" seramai 15 orang dalam peperiksaan agama untuk tahn 6.
Tahniah juga buat anak2 ku...Moga hadiah/piala tersebut menjadi dorongan kepada kejayaan-kejayaan lain tahun hadapan..ape yang menjadi kepentingan ummi dan abi ialah ilmu kalian bertambah seiring dengan umur kalian.

Itu cerita di sek agm..sek kebangsaan pula..nama majlis lagi gah..Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik...alhamdulillah..dah dpt hadiah terbaik m.pelajarn B.Arab dan B.Inggeris..perlu lebih usha utk subjek
lain-lain tu..jgn malas2 k.congret'.

Friday, October 15, 2010

Cebisan nukilan yang ummi baca dr buku :

Mu'az bin Jabal pernah berkata: "Pelajarilah ilmu, dengan mempelajari ilmu kerana mengharapkan wajah Allah itu mencerminkan takut, mencari ilmu adalah ibadah, mengkajinya adalah tasbih, menuntutnya adalah jihad, mengajarnya kepada ahli keluarga adalah taqarrub..."

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui apapun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukyur." ( Surah Al-Nahl 16:78 )
KalamNya terletak segala Ilmu..iaitu AL-Quran..Bacalah ia..hayatilah..amalkan.

http://liriknasyid.net/shoutul-amal-semarak-perjuangan

Thursday, October 7, 2010

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari raya TAhun 1431 hijrah

Dah lama tak menulis... insyaallah lagi dua hari nak raya.Bagi sesiapa yang terbaca ruangan blog peribadi saya nie ..sy ucapkan selamat hari raya maaf atas segala kecacatan yang terdapat dalam blog nie..sesungguhnya kita tidak terlepas untuk membuat kesilapan di atas dunia nie..terutama kepada orang2 yang berada dekat dengan kita..

Pagi nie plan nak buat kuih gunting atau kami panggil kuih pakuda.dan kuih siput...harap2 anak-anakku tak mengganggu..Kalau sberkesampatan akan dicicipkan resepinya disini insyaallah.

Saturday, August 21, 2010

Ummi ghajin... Masak lagi...

Hari ni ummi teringin nak makan kek gula hangus...ana pulak nak makan kek coklet...erm nampak gayanya ummi kena buat dua-dua nie...moga menjadi..nanti boleh bawak ke rumah pak Ngah petang nanti untuk sama-sama merasa...Minggu nie turn umah Pak Ngah..katanya ada tok sekali ..seronoknya..tak sabar nak tunggu ke petang. Peperpun semoga ummi ghajin buat buat kek tu yerk...
Nota..daripada Madihah...9.00 pagi.

Tuesday, August 10, 2010

Marhaban ya Ramadhan....

Alhamdulillah ...anak2 ku telah dapat bersahur besama ..dan telah berniat untuk berpuasa.. Sambil bersahur kami sempat berbual-bual tentang kewajiban berpusa..
"Berpuasa adalah rukun Islam yang ke_tiga..jadi wajib ditunaikan" tapi sembahyang jgn pulak tak buat..nanti pahala puasanya terganggu...dek kerana tak sembahyang..aperpun moga2 tahun ini anak2ku akan istiqomah menunaikan tanggungjawab ini dengan sedikit kefahaman yang mereka miliki..Ummi akan cuba memenuhi permintaan kalian berdua..dan kalau sekiranya ummi tidak mampu..maafkan ummi yer sayang sebab ummi pun bekerja. Jadi kita berbuka ala kadar jelah...Insyaallah hujung minggu nanti ummi akan masakkan makanan yang lebih sempurna...kita berpuasa nie adalah salah satu hikmahnya ialah untuk merasai bagaimana perasaan dan kekuatan yang dimiliki oleh orang yang kekurangan makanan tetapi tetap boleh meneruskan kehidupan ..Alah memberi segala sesuatu kepada kita mengandungi hikmahnya tersendiri...kalau seseorang itu miskin sekalipun, nescaya di sebalik kemiskinana itu ada ruang untuk nya mengamalkan kehendak Allah keatas mereka begitu juga dengan orang yang kaya.

Tuesday, July 6, 2010

Bumi Cinta..


Subhanallah...Besarnya bunga...Thanks ...rupanya dalam diam2 suamiku telah membeli sejambak bunga ros untukku..terharu..Umi..umi dapat bunga besar..cantiknya..ujar anakku yang sekarang semakin petah bercakap...nie..hadiah birthday ummi.Lalu anakku menyanyikan lagu birthday.. Petang td pulak umi dapat novel daripada penulis kegemaran umi: Habiburrahman El Shirazy yang berjudul "Bumi Cinta". Kat rumah nie aderlah beberapa buah novel dan alhamdulillah semuanya telah habis dibaca..semuanya menarik..tapi novel yang baru dimiliki nie juga pasti ummi akan baca dari kulit ke kulit..insyaallah..semoga diri ini akan sentiasa dalam perlindungan dariNya..dan dipanjangkan usia.amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...