Friday, January 1, 2010

Motivasi buat bakal dan para Huffaz


Oleh : hafizquran

Bismillahirrahmanirrahim

Saya kurang pasti kiranya ini boleh dikatakan sebagai motivasi. Namun ramai yang memberi emel dengan maksud yang lebih kurang sama. Selain untuk bertanya kaedah dan petua, perkara wajib yang diminta adalah tasyji' dan motivasi buat meneruskan perjuangan sebagai huffaz. Itulah realiti. Seorang huffaz tanpa motivasi akan menjadi lembah yang tiada air.



1. Betulkanlah niat. Andai sudah betul, jagalah niat itu. Jaga dan terus jaga. Hati manusia boleh berbolak balik dalam dua detik sahaja.



2. Jagalah adab. Adab dengan semua. Al-Quran terutamanya. Junjung dan tatang secara luaran dan dalaman. Adab dengan guru @ murabbi. Adab dengan Ibu dan ayah sendiri. Ambil berat persoalan adab. Jaga dan terus jaga.



3. Perhatikan masa dan usaha. Semua orang mempunyai 24 jam tapi tak semua orang 'memiliki' 24 jam. Tingkatkan usaha. Istiqamah dengan usaha ana sendiri.



4. Pelajari kaedah. Banyak tempat untuk dirujuk dan bertanya. Tanya pada yang alim , pada yang sudah berpengalaman. Terima dan praktikkan dengan penuh iltizam.



5 . Jangan hangat2 tahi ayam. Jangan sekerat jalan. Kembali kepada persoalan niat. Tekad seteguh2nya.



6. Jauhi maksiat zahir dan batin . Maksiat kecil sehinggalah maksiat besar. Duduk berseorangan pun boleh berlaku maksiat, apatah lagi ditengah kekalutan orang dan budaya. Perhatikan makna taqwa yang diumpamakan oleh seorang sahabat r.a : " Laksana kamu berjalan di atas jalanan yang penuh dengan onak dan duri..."



7. Pegang Al-Quran sentiasa. Kucup dan junjung. Bawa dalam keadaan suci dan berwudhu'. Sayangi Al-Quran secara jujur tanpa sedikitpun unsur hipokrit. Sayangi yang zahir ( mushaf ) dan sayangi yang batin ( hafazan dan amalan ).



8. Syaitan akan 'mendampingi' anda sentiasa. Nafsu akan mengikut anda ke mana2. Suatu ketika anda mungkin akan di'peras ugut' oleh keduanya. Iman seorang penghafaz Al-Quran juga adakala menaik dan merudum. Diibaratkan ; kalau baik , lebih baik dari Malaikat. Kalau jahat, lebih jahat dari Iblis. Itulah huffaz.



9. Maka selalulah bermohon kepada Allah. Minta dengan Allah. Jangan tinggal solat hajat. Permintaan supaya dipermudahkan hafazan dan di'benar'kan khatam hafazan Al-Quran jangan ditinggalkan. Itu antara doa wajib bagi anda sampai anda mati.



10. Jangan tinggal hubungan hati dengan Allah walaupun sedetik. Sedetik itu sangat bermanfaat bagi Syaitan untuk mengambil ruang dan kesempatan. Seorang murid pernah dihantar oleh gurunya untuk berdakwah di suatu tempat ( kisah sahabat r.a ) :



Guru bertanya : bagaimana kiranya dalam perjuanganmu kamu akan diganggu oleh nafsu dan syaitan yang akan menerkam bila2 masa sahaja? Murid menjawab : aku akan menghalaunya . aku akan sentiasa menghalaunya. Murid memahami bahawa syaitan dan nafsu adalah ujian wajib. Guru bertanya lagi : bagaimana kalau keduanya terus mengganggumu? Murid menjawab : aku akan terus melawan dan menghalaunya. Guru bertanya lagi : justeru sampai bila? Murid gagal memahami , lalu dinasihatkan oleh gurunya : Jika kamu diganggu oleh binatang buas yang akan menerkammu, beritahulah kepada tuan kepada binatang tersebut supaya tuannya boleh menghalau binatang tersebut dari terus mengganggumu. Tuan kepada kedua musuh kita hanyalah Allah. Jangan sesekali tinggalkan doa dan pergantungan kepadaNya.



Apa yang perlu diketahui dan diingati oleh seorang huffaz?



1. Al-Quran yang dihafaz adalah amanah. Anda sendiri yang 'mencari pasal' untuk mengambil amanah tersebut. Bagaimanapun, anda 'mencari pasal' yang baik. Jadi janganlah suatu masa nanti anda bukan sahaja melupakan hafazan anda , bahkan tidak mahu mengaku anda seorang huffaz!



2. Bila anda faham bahawa anda yang 'mencari pasal' , jadi anda kena SMI ( Sendiri Mau Ingat ) tentang hafazan anda. Ana sangat suka kepada mereka2 yang bertanya dan nampak bersungguh2 bila diutarakan topik hafazan Al-Quran.Tapi ana sungguh2 menyampah dan kecewa bila sesetengah penghafaz Al-Quran lebih bersemangat bila menyentuh topik siasah, jamaah, program dan perkara2 lain. Bila sentuh bab Quran, diam dan ubah topik. Tidak berminat.Bila malas iadah, beri alasan 'tak masyi'. Macam mana nak masyi kalau malas iadah? Sama juga dengan macam mana nak kenyang kalau tak telan nasi. Mengejar perkara lain tidak salah apatah lagi soal yang lebih utama, tetapi hafazan Al-Quran telah anda kendong terlebih dahulu. Jadi berilah perhatian sewajarnya.



3. Dalam proses anda hafaz Al-Quran, anda akan diuji.



4. Anda akan semakin diuji..



5. Anda akan terus diuji..



6. Dan anda akan semakin kuat diuji..



7. Ujian yang datang kepada anda ada tahapnya. Syaitan yang berdiri di hadapan anda diibaratkan berpangkat Jeneral , bukan prebet. Semakin anda lawan , semakin anda rajin , semakin anda masyi, semakin anda istiqamah, Maka semakin tinggilah bintang di bahu Syaitan yang dihantar kepada anda.



8. Anda akan rebah. Ada ketikanya anda akan diuji teruk . Samada kematian , masalah hati , wanita, duit ataupun pangkat dan kedudukan. Anda mungkin tumpas dengan salah satu , yang boleh memberi kesan besar kepada tahap motivasi dan tekad anda untuk meneruskan hafazan. Seorang sahabat ana di madrasah dahulu, kecundang waktu dah berada di juzuk 23. Alangkah sayang..



9. Kalau anda jatuh, anda rebah , jangan menangis. Jangan 'laknat' diri anda kerana anda rebah. Adakala memang anda perlu rebah supaya anda tahu apakah itu 'sakit'. Jangan sedih andai tika anda 'rebah' tiada yang membantu, apatah lagi 'merawat'. Anda kan punya Al-Quran. Peluklah Al-Quran . Hayatilah dengan lantunan suara anda sendiri. Bagi ana, itulah teman yang paling setia..



10. Anda bukan penghafaz Al-Quran sejati kalau anda tidak pernah menangis kerana Al-Quran ( hafazan ) anda.11. Anda perlu ingat formula ini sampai bila2. Ingat dan faham betul2. Dalam menghafaz Al-Quran anda cuma ada dua keadaan yang diberikan oleh Allah. Diulangi : diberikan oleh Allah. Pertama anda berada dalam keadaan senang hafaz dan mudah ingat. Kedua , anda berada dalam keadaan sebaliknya iaitu susah hafaz dan sukar ingat.Apa yang perlu anda faham dan tanam dalam hati? Ini penting. Fahami bahawa sebenarnya kedua2nya adalah UJIAN. Pesan Ustaz Badlishah Johan ( my murabbi ) yang tak pernah saya lupa adalah tentang ini. Orang yang senang hafaz mudah ingat , Allah nak tengok adakah dia akan bersyukur dan melazimi Al Quran . Manakala yang susah ingat Allah nak tengok samada dia benar2 ikhlas, akan terus berusaha dan istiqamah atau tidak. Atau mungkin berputus asa. Kalau yang mudah ingat pula, mungkin akan banyak lepak, banyak borak.



12. Justeru, JANGAN menangis dan menyalahkan diri anda andainya anda tidak ingat Al-Quran. TETAPI sila menangis dan salahkan diri anda kiranya anda malas , tiada istiqamah dan tidak konsisten dengan hafazan anda . Pesan Allah ta'ala dalam surah Al-Qiyamah : " Sesungguhnya Kami lah yang menghimpunkan Al-Quran itu dalam dada2 manusia.."13. Terakhir, sentiasa ingat bahawa Al-Quran akan memberi syafaat kepada kita dan memberi kemuliaan kepada kedua ibubapa kita pada hari Qiamah. TETAPI Al-Quran juga boleh menjadi hujjah ke atas kita pada masa tersebut. Inilah peringatan paling 'keras' buat kita semua para huffaz Al-Quran ( terutama ana ).



" Allahummaj'alhu Hujjatal lana Wala Taj'alhu Hujjatan 'Alaina Ya Rabbal 'Alamin.."

Thursday, December 31, 2009

Semangat...

Alhamdulillah... hari ni dah mula mendaftar puteriku yg kedua ke sekolah...
Nampak excited... pagi-pagi lagi dah bangun...tak terkeculai adiknya Mua'z
turut tak nak ketinggalan...siap dengan kasut sekolah beserta stokin...macam dia pulak
nak belajar kat situ..."ummi, mua'z pun nak sekolah jugak..." dengan nada pelat..dah banyak kali mua'z cakap...."em..camner nak sek...mua'z pakai pampers lagi..." puteraku yang sorang nie bakal nak mencecah 3 tahun ni ..diam... entahlah..paham ke tidak aper yang ummi cakap....aper2 pun..itulah semangat budak kecik nie...seronok tengok perkembangan dia... Bila minta kakak2nya hafal surah.. dia pulak yg sibuk nak hafal...pendek kata ..aper yang kakak2 nya buat diapun nak ikut serta...masih putih dan bersih...

Wednesday, December 23, 2009

Baca Al-Quran

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..baru rasa macam nak taip sesuatu..mungkin boleh menjadi memori di masa akan datang..

"Kelas tahfiz yang dah nak masuk minggu ketiga ni mungkin akan ditangguhkan dulu..tapi tak bermakna tamat sesi mengaji dan menghafal tau"...inilah yang ummi cakap pada 2 orang puteri ummi..nie. Selepas solat magrib ...ummi kena pastikan yang anak-anak ummi ini mengulang hafazan dan cuba hafal beberapa ayat lagi sebagai tambahan...yelah baru dapat .. kalu tak mengulang nanti lupa pulak apa yg dah dihafal... emm..itu yg selalu diingat...tapi kekadang anak-anak ummi nie banyak main.

Syukur... Kak Ngah dah boleh hafal semua surah dalam juzuk 30 tu..Kak Long..walaupun masih banyak lagi tapi kena juga habiskan... jangan putus asa yer sayang..Ummi tau... Kak Long pun boleh hafal.. dah 6 surah dah kan...teruskan... kena baca banyak kali sesuatu ayat baru boleh ingat...Kata-kata semangat dan kefahaman kenapa kena hafal memang selalu kena mention..Ummi dan Abi inginkan anak -anak yang soleh dan solehah...Muaz sekarang ni.. dah mula nak baca iqra' .. tak derla asyik nak kacau kakak2 dia baca quran...Anyway.. Terima kasih ustazah Atikah di atas bimbingan...

Monday, December 7, 2009

Makan Malam di Restoran Makanan Arab Saba'




Salam pertemuan...

Selepas sembahyang isyak di masjid hasanah bbb, suamikiu terus call Che Nan rakan partnernya.. menyanyakan lokasi mereka.. rupanya mereka sekeluarga sembahyang kat masjid Putrajaya.. dalam hati pikir sure mereka sampai dulu..elok juga sebab 3 empat bulan lepas pergi, masa tu kena tunggu..almaklumlah ramai pelanggan restoran ni.. Rupanya kami sampai dulu..
bile dah nampak Rahim Bistro.. dah sampailah tu, ujar abi, suamiku. Nak cari restoran ni memang agak mengelirukan..tak sabar rasanya nak pekena nasi arab ni.... sebab perut ni dah berkeroncong,..

Restoran Saba'
Sebuah restoran arab Yaman yang terletak di Cyberjaya. Bagi yang pertama kali nak cari restoran ini mungkin akan sesat. Ni dah kali kedua.. so..boleh lah agak-agak jlnnya.
Menu yang disediakan ialah hidangan nasi arab yang amat menyerupai nasi beryani, cuma bezaanya nasi arab ini sedap, lembut daging ayamnya fresh dihidangkan mengikut resipi dan citarasa exotic arab.



Mereka order
Saba' Chicken Kabsa (ayam sekilo) ngan kambing (1/2 kilo) saiz pinggan dan isi kandungannya memang banyak cukup untuk kami 2 keluarga.. 2 jug hot tea atau naq' naq .ngan gelas kecil..serta air epal dalam botol yang diimport dari sana.. memang unik. Ader lagi order special macam kebab le tapi daging kambing ... em.. bagi mereka yang suka daging kambing macam suamiku nie em.. sedap le... Semuanya menyelerakan... Cost kesemuanya tak le mahal sangat RM 80.00 ditanggung oleh superb trading. NAnti belanjer lagi ye superb...he..he.

Bagi yang teringin nak pergi ni alamatnya..

SABA' RESTAURANT
4800 SUITE, 0-2 GROUND FLOOR
BLOCK A1, JALAN PERDANA
CBD PERDANA CYBERJAYA
TEL: 03-83202544
Landmark yang paling popular untuk menjejak restoran ini ialah Cyberjaya International College

Kelas Hafazan

Hari ni bermula kelas hafazan untuk 2 orang puteriku kak long dan kak ngah.
Harap-harap mereka boleh ikut program yang diberikan kepada mereka. Yelah,
pada pandangan kasar, mereka tu masih kanak-kanak lagi.. tapi kalu ikut pendidikan
orang sebelah tanah arab tu.. nak jadikan anak hafi/hafizah kena bermula dari kecil..
Kata pepatah..orang melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya...
Masa balik dari kelas tadi nampak ok.. je. seronok katanya... Harap-harap berterusan
keseronokkan mengaji dan menghafal..tu ..targetnya..supaya boleh hafal keseluruhan juzuk 30 puluh tu... dalam masa cuti nie... amin...Moga-moga menjadi kenyataan.

Thursday, December 3, 2009

Keluargaku....Pereratkan silaturrahim..

Keluarga Bahagia


Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya

Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang


Ketika insan lain berbahagia
Bersama k
eluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan


Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya

Ayuhlah bina semula

Kelu
arga diredhai Allah



Tuesday, December 1, 2009

Happy Birthday to Madihah



Selamat hari lahir yang ke 6 tahun.. semoga jadi anak yang solehah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...