Saturday, February 16, 2013

Tuesday, October 23, 2012

SABTU,13/10/2012
Tulisan daripada anakku .

Salam..minggu depan(15/10/2012) periksa.berdebar rasanya kerana ini periksa akhir tahun......periksa Sk.kebangsaan..Sk.agama mingu depan lagi satu(23/10/2012)..periksa yang menentukan kelas pada tahun depan.tahun depan.Umi harap kak long ngan kak ngah dapat nombor satu dan peratus MUMTAZ&5A..Oklah..sampai disitu sahaja...bye :).
Kek Coklet moist'

Alhamdulillah dah siap bakar kek untuk adik ipar.  Special request. Masalahnya nak menulis atas kek tu yg tak berapa pandai. Simple jerla yerk. Tambahan pulak bahan tak cukup. Untuk si kecik kat umah ni pun nak gak.  K.. insyaallah ummi buat versi "cup" k. Ok done.

Monday, March 5, 2012

Projek Membuat kek muffin coklet

Assalamualikum.. lamanya tak menulis.. ..nak kata sibuk ..seperti biasa cuma nak atau tidak menulis jer moga penulisan ini menjadi kenangan buat diri ini dan pembaca setiaku :b..
Insyaallah hujung nie ada projek kecil nak menyiapkan tempahan orang nak buat majlis harijadi .Harapnya dengan oven kecil tu nanti dapat lah menyiapkan kek muffin tu.. nanti gambar kek muffin coklet akan diupload di sini insyaallah..
Doa Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم pada waktu pagi


Antaranya ialah doa,

اللَّهُمَّ إنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعاً وَرِزْقاً طَيِّباً وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً


"Ya Allah, aku memohon dari-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima." [HR Ibnu Majah]

Saturday, August 27, 2011

Bulan Ramadhan bakal Berakhir..dan Syawal hari kemenangan!!!

Semoga kehidupan kita sentiasa dalam perhatian dan perlindungan dari Allah. Perbayakkan amal sementara usia dan masa masih berbaki..dan Ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang lalu.

Perkara sunnat yang perlu dibuat menjelang syawal
1. Malamnya perbayakkan takbir dan tahmid.
2. Bangun awal pagi mandi sunat hari raya.
3. Solat Subuh berjemaah.
4. Bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
5. Makan sedikit juadah sebelum ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya.
7. Balik mengikut jalan yang berbeza daripada pergi ke masjid .
6. Ziarah menziarahi dan melayan tetamu dengan penuh kasih sayang.

Wednesday, June 29, 2011

لو كان بيننا الحبيب jika bersama kita adalah Rasulullah s.a.w



Sayu dengar nasyid nie.WAlaupun tak faham maknanya. Insyaalah nanti nak cari maknanya.

Friday, May 27, 2011

Beautiful recitation of Surah An-Nur [English subtitles]


Tarannum bayati, hijaz, nahwand dan rast.
Surah An-Nur 21- 26

Monday, May 23, 2011

Katakan pada diri sendiri.

Walau apapun yang Aku buat: Niat kerana Allah, buat sebaik mungkin dan hanya mencari keredhoan Allah bukan penghargaan manusia.

Sunday, May 8, 2011

Hati ?

Kalau hati seperti air, jangan dibiar ia keruh.
Kalau hati seperti awan, jangan dibiar ia mendung.
Kalau hati seperti bulan jagan dibiar ia gerhana...
Faktor pemusnah potensi hati dan penyebab bagi segala kekacauan tersebut:
* Makan minum yang haram atau syubhah.
* Dosa dan Maksiat.
* Dosa secara khususu berkaitan dengan ibu bapa.
* Menjauhi majlis ilmu.
* Bersahabat dengan orang yang buruk aklaknya.
* Cinta dunia.
* Mengabaikan ingatan terhadap akhirat.

Hati yang hidup haruslah:
- Menjaga persoalan kehalalan rezeki.
- Mengawal diri dari mungkar dan maksiat.
- Membanyakkan istighfar dan bertaubat.
- Istiqomah datang ke masjid dan menyintai majlis ilmu.
- Bersahabt dengan orang yang baik.
- Membanyakkan zikrullah dan membaca al-quran.
- Banyak mengingati mati.
- Bersifat pemurah.

Jadilah kita seperti manusia yang DIAM ITU FIKIR DAN BERCAKAP ITU ZIKIR.

Friday, May 6, 2011

Hafidz Muda Malaysia: The Interview!

Peranan Ibu bapa sangat penting dalam pendidikan anak-anak sedari kecil. Walaupun ibubapa bukan hafiz@hafizah namun dapat memberikan peluang pendidikan tahfiz kepada anak-anak mereka. Semoga impian adik Muhammad menjadi kenyataan termasuk impian ibubapa yang lain ingin menjadikan anak mereka hafiz@hafizah.

Bacaan Al Qur'an - Surah Yaasin oleh adik Muhammad Ahmad Zahid Al Hafiz...

Saturday, April 2, 2011

Kongsi Ilmu buat biskut kukis

Hari ni memenuhi undangan kawan minta diajar untuk membuat biskut kukis..berkongsi ilmu..maklumlah saya pun masih baru belajar dan mencuba membuat biskut ni..Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. amin.

Monday, March 14, 2011

Musibah...atas dunia insyaallah ada penyelesaiannya.

Bentuk Ujian datang dalam bermacam-macam bentuk. Doa sentiasa.. dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Musibah diiring dengan nikmat seperti menghapuskan dosa, meningkatkan darjat. Mari kita dengar ceramah ini.

Orang yang sombong adalah orang yang tidak berdoa.

Tuesday, March 8, 2011

biskut kukis


Resepi dapat dari kawan sekolah.Alhamdulillah dah cuba dan menjadi.yang penting anak-anak suka..
  • 1 cawan butter
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bicarbonat
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 cawan gula perang
  • 2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
  • 1/2 cawan chocolate chips
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1/2 coklet masakan (parut)
  • 2 cawan badam + walnut @ hazel nut @ gajus ker.

Cara:

1. Pukul butter bersama gula halus dan gula perang hingga kembang.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips, coklet masakan (yang dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Alas loyang dengan kertas minyak dulu. Kemudian sudukan/buatkan bulat-bulat dan letak bagi jarak-jarak sebab sebab kukis ni akan mengembang dan jangan buat besar-besar..buat seperti seperti guli( saiz kecil ) dan letak coklet chips 1 -3 biji rapat2 pun tak per.
5. Bakar dalam 15 - 20 minit pada suhu 170 degree celcius.

Insyaallah..buat dengan hati yang gembira :) selamat mencuba


Thursday, February 17, 2011

Hafal sifir

Salam semua..lamanya tak menulis..
Hari nie tanpa fikir panjang terus buka blog dan menaip.
Nak kongsi sedikit ilmu untuk hafal sifir bagi anak kita atau mereka yang sukar untuk mengingat cara tradisional menghafal sifir..
Bermula dengan sifir 9 dulu sebab lebih mudah .
Caranya ialah dengan menuliskan pada sehelai kertas seperti berikut:
Bermula dengan menulis 9 hingga 1 seperti di bawah ;
9
8
7
6
5
4
3
2
1
0

Kemudian tulis 1 hingga 9 pada kedudukan sebelah kanannya tetapi kali ni selang selangkah dari atas dan dapatlah sifir 9 yang diingini seperti berikut:
9
18
27
36
45
54
63
72
81
90
Cara hafal sifir dulu seperti berikut
1 x 9 = 9
2 x 9 = 18
dan seterusnya 10 x 9= 90. Cuba kaedah ini selamat mencuba terutama kepada anak2 kita yang payah untuk mengahafal sifir. Erm..tapi pada pendapat peribadi mengahafal cara dolu2 tu lebih efisyen dan cepat.(congak).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...