Semua perkara yang berlaku dalam kehidupan ini mengandungi hikmahnya yang tersendiri.Redo' dengan katentuanNya menjadi penawar bagiku.
Sunday, November 14, 2010
Majlis Penyampaian Hadiah 2010
Dulu.... Itulah nama majlisnya...
bila hujung tahun selepas semua kertas peperiksaan akhir tahun dah dapat..
pasti majlis ini kutunggu sebab ara hadiah ..kalau tak dapat hadiah keputusan baik iaitu no 2 @3 paling kurang dapat hadiah kedatangn penuh...
Mengimbau masa sek rendah dulu ambil hadiah dengan memakai kasut yang dah lusuh dan koyak..tp ketika tu perkara tersebut tak diambil kira...seperti telah memahami mak ayah tak leh nak beli ..maklumlah ketika itu pendapatan dari hasil noreh getah...tp hati tetap gembira..
Malam nipun insyaallah anak2ku juga bakal mendapat hadiah yang majlisnya nama apa pun kurang pasti sebab anak-anakku tertinggal surat jemputan .....tu yang agak suprise ..maklumlah anak-anakku baru tahun 1 dan 2 . Umi pun excited nak tau..inyaallah malam nie ummi ngan abi akan menghadirinya..beserta dengan adik2 kalian. Yang penting anak-anak ummi telah buat yang terbaik ...ummi doakan kalian akan terus berjaya ....bersambung
.....
Sambungan
Majlis Kecemerlangan Akademik...itulah namanya...
Tahniah kerapada guru-guru dan pelajar sekolah agama integrasi Ar-RAihan kerana telah mendapat keputusan yang "mumtaz" seramai 15 orang dalam peperiksaan agama untuk tahn 6.
Tahniah juga buat anak2 ku...Moga hadiah/piala tersebut menjadi dorongan kepada kejayaan-kejayaan lain tahun hadapan..ape yang menjadi kepentingan ummi dan abi ialah ilmu kalian bertambah seiring dengan umur kalian.
Itu cerita di sek agm..sek kebangsaan pula..nama majlis lagi gah..Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik...alhamdulillah..dah dpt hadiah terbaik m.pelajarn B.Arab dan B.Inggeris..perlu lebih usha utk subjek
lain-lain tu..jgn malas2 k.congret'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment