Sunday, March 28, 2010

Kek Pisang..First time buat.

Pisang dr kampung.. kata mak pisang kelat..dengan pisang awak..alaahai dah masak menguning..nak goreng nanti makan minyak pulak..kalu buat cucur ..biasa sangat dah.dan memang dah buat.. .dah masak2 pulak tu..tengah berkira-kira nak buat ape terfkir lak nak buat kek..anak2 mesti suka..so try lah jeguk2 resepi kat internet nie alhamdulillah jumpa.. than operate sikit2..ha..ha.. supaya tak terlupa so kutulih kat sini kot2 nanti leh buat lagi..

Bahan
  • 4 biji pisang sederhana besar
  • 3 biji telur sederhana besar
  • 1 3/4 cawan tepung naik sendiri/tepung gandum + 1 sudu teh baking powder
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak
  • 1 sudu teh bicarbonat soda
  • secubit garam

Cara-cara

1. Pukul telur dan gula hingga kembang

2. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul

3. Kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit sehingga habis (lebih selok kalau diayak bersama dengan bikabonat soda ).dan tambah garam 1 sudu kecil kalau guna tepung gandum.

4. Akhir sekali masukkan minyak dan gaul adunan hingga sebati

5. Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit margerin dan dialas dengan kertas minyak

6. Bakar hingga masak selama 45mins dengan api sederhana lebih kurang 175 darjah calsius atau pastikan kek telah masak dengan mencucukkan lidi dan jika lidi bersih bermakna kek telah masak


Friday, March 26, 2010

Penghayatan Bacaan Al-Qur'an Secara Menyeluruh


Al-quran itu..kalamullah..
Syamil Al-Qur'an The Miracle 15 Dalam 1
PROMOSI!! Hanya RM 200 shj senaskah..
1. Al-Qur'an Terjemah Per Kata
2. Penterjemahaan Bahagian Agama
3. Tajwid Menggunakan Sistem Quantum Reading Qur'an
4. Panduan Hukum Tajwid
5. VCD Tutorial Sistem Quantum Reading Qur'an
6. Tafsir Al-Muyassar
7. Asbabunnuzul
8. Doa-doa dalam Al-Qur'an
9. Mukjizat Al-Qur'an
10. Indeks Al-Qur'an
11. Atlas Al-Qur'an
12. Kisah Para Nabi dalam Al-Qur'an
13. Zikir Al-Ma'surat
14. Intisari Ayat
15. Links to Related Articles
Berminat terus hubungi ummi ain di talian/sms 012-2773753

Wednesday, March 24, 2010

Masak...masak


Dah hampir 1 jam lebih tulang lembu yang kubeli dari pasar malam dengan harga 1 kilo RM 12 akhirnya lembutlah daging yang ade kat tulang tu.. lama dah tak masak sup tulang..tu yang agak teruja.. hajatnya nak ajak suami makan tengah hari sama tapi memandangkan dia banyak urusan diluar yang belum selesai..jd ummi ngan hero ummi jelah yang makan tengah hari.. ..ngan hati goreng kicap..Abi janji nak makan malam bersama..


SEbelah petang pulak ummi masak kek kegemaran anak2 apalagi kalu bukan kek coklat lembab berserta topping coklat rice kali nie berwarna warni..
Untuk makan malam dah ader lauk ..maklumle 1 kilo ..banyak tu..ummi paskan kerumah jiran semangkuk..beserta kek coklat.dah biasa kami bertukar juadah..sesama jiran...
Teringat lak dlam peti ais ader baki ikan sardin tin so aper lagi.. buat nasi goreng sambal sadin la pulak..ditambah sayur sawi..alhamdulillah lengkaplah menu makan malam kami sekeluarga..jom abi makan..nasi nasi goreng sejuk tak sedap..

Monday, March 22, 2010

Umrah..Bila pulak giliranku ?..


Alhamdulillah..penantian dekat 3 jam ..baru lah sampai mak ngan adik dari tanah suci mekah. Aper nak buat segala perancangan dah dibuat tp ALLAH yang menentukan...kapal dari jeddah delayed ..sepatutunya 10.45pagi jadi 1.35 petang .. dan 2.30 baru ketemu... umrah ..walaupun hanya tempohnya 10 hari tapi auranya berbeza bila orang yg kita sayang berada jauh beratus kilometer dari kita..terutama ke mekah..tanah suci..


Oleh kerana masing-masing dah keluar rumah awal pagi so..takderler persediaan nak tapau aper2 dr rumah..cuma sebungkus 2 nasi lemak makjang bawa ngan kek kegemaran mak"kek gula hangus"..so kami sepakat nak beli roti alas perut dan lepak2 kat kfc bawak anak2 main di situ menghilangkan rasa resah bebudak menunggu. ALhamdulillah ader orang seponser makan kfc.. takder lah lapar sangat maklumlah hingga tgh hari...perutku nie pulak takleh kosong..kurembat nasi lemak ngan ayam kfc seketul shara ngan husband..anak2 ku ngan sepupu-sepupunya leka bermain pun diajak makan kfc jugak kalinie makciknya pulak belanja..murah rezeki bagi makan orang yang tengah kelaparan ..yer tak??


Jam telah menunjukkan 1.25 petang..menandakan waktu zohor hampir tiba..maka kami semua lebih kurang 25 orang termasuk anak2 ke surau KLIA yang berdekatan dengan KFC..menunaikan solat zohor..anak2ku juga tak terkecuali kuarah untuk mengikut sama..
Ya ALLAh punya lah ramai anak buah semuanya lebih kurang 14 orang berada dlm lif tu..membuatkan lif tu terkejut agaknya dengan kebisingan kami..he..he..he..sampai aderlah kes anak buah yang hilang kejap dr pandangan mak bapknya..10 ke 20 minit..mujurlah semuanya tak hilang ...sejarah berulang kembali..terkeluarlah cerita2 masa kecik2 dulu ader diantara kami adik-baradik yang hilang ketika ke pasaraya..almaklumlah adik-beradik ramai semuanya masa tu masih mentah lagi..:-)


Rombongan dari klia bercadang singgah di rumahku..kerana rumahku paling dekat ngan klia.. jadi suamiku sebagai tuan rumah bersamaku ngan anak2 bergegas pulang ..singgah di bangi beli ayam ngan udang..dlm fikiranku nak buat ayam goreng salut tepung ngan sup udang .. itu yg mungkin kubuat..ha..ha..alhamdulillah sesampai dirumah baby aqilah seperti telah memahami kehendakku ..dia tidur dengan nyenyaknya..bolehlah kumasak..sementara mereka semua menjamah jajan yang dibawa pulang dr umrah..itulah kisah yang memang kita merancang..kadang-kadang berjaya kadangkadang tidak...semunya bergantung kepada keadaan dan ketentuan dr MAHA PENCIPTA..semoga kita semua dlm REDO'Nya.

Wednesday, March 17, 2010

KEK COKLAT MOIST




KEK COKLAT MOIST

Bahan-bahan

1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Campurkan semua bahan diatas dan ayak 1-3 kalau malas 1 kali)
3/4 cawan minyak jagung
1 ½ cawan gula pasir
1 cawan susu cair
2 - 3 biji telur
1 cawan air panas mendidih

Cara-cara :-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah.
2. Gaulkan minyak jagung dengan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit selang seli dengan susu cair dan gaul hingga sebati.
5. Campurkan air panas mendidih dan gaul lagi hingga sebati.
6. Tuang pada tin pembakar yang telah disapu minyak jagung. Bakar sehingga masak.

Untuk pastikan kek masak ialah dengan cara cucukkan lidi penguji di tengah-tengah kek
. Bila lidi keluar bersih bermakna kek dah masak.

7. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat topping.

P/S : Tidak menggunakan mixer. Apabila menggaul hendaklah kacau semua bahan dalam satu putaran sahaja. Kek harus dibakar sebaik sahaja sesudah mencampurkan air panas ke dalam adunan selama 45 ke 1 jam dengan suhu 175 darjah calcius.

Monday, March 8, 2010

Saturday, March 6, 2010

Kek gula hangus



Inilah Resepi Kek Gula Hangus

Bahan utk dijadikan gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega/ marjerin

caranya goreng gula sampai tu.. sampai jd perang gelap.. lepas tu masukkan air panas sikit-sikit (hati-hati sebab mungkin boleh terpercik)dan kacau sampai semua gula larut dengan api yang sederhana dan last sekali masukkan marjerin

4 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 s/besar soda bikarbonat
1 s/besar esen vanila

Ayak tepung bersama soda ( ketepikan), kemudian masukkan telur, susu pekat dan esen vanila dlm blender, putar 2 kali..agak kembang masukkan tepung sikit-sikit dan putar hingga habis dan tuang air gula hangus, putar lagi 2/3 kali hingga kembang. kek ni mmg senang nak buat sbb guna blender je, lagi satu peringatan klu nak kek ni byk lubangnya mcm sarang lebah tu perap adunan ni dlm 3 jam baru bakar. biarkant je dlm blender sampai 3 jam . bakar dlm oven suhu 160 darjah selama 40-60minit... ok siap utk di makan..nanti leh buat lagi.






Tuesday, March 2, 2010

Dah sebulan..



Alhamdulillah tadi Aqilatul Husna baru lepas kena cucuk vaksin Hepatatis B. Nangis kejap jer.. berat 4.2 kg..sebab tule agak berat nak diangkat. Ummi pun kena cheked up gak..hb naik ke 11.1.. mujarab gak la makan limpa lembu goreng... alamak kena stop ler ..aqilah nangis..bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...