Tuesday, February 23, 2010

Lagi info p masalah kurang darah terutama kalau anda mengandung.


MASALAH KURANG DARAH

Masalah kurang darah atau anaemia kerap berlaku di kalangan wanita, kanak-kanak dan juga orang dewasa khususnya meraka yang tinggal di luar bandar. Mengikut kajian yang dilakukan, kadar kejadian kurang darah (anaemia) di kalangan wanita hamil di kawasan luar bandar ialah dalam lingkungan 60 peratus. Mungkin kadar ini meningkat lagi ke kalangan wanita yang tinggal dikawasan pedalaman yang sosioekonominya rendah. Masalah kurang darah boleh menimbulkan masalah pada wanita yang sedang hamil dan melahirkan anak. Ini mungkin satu faktor punca kematian ibu.

Pendarahan waktu bersalin adalah punca kematian yang utama di Malaysia. Tumpah darah ini berlaku akibat kekenduran otot-otot rahim terutamanya di kalangan wanita yang terlalu kerap mengandung dan beranak. Begitu juga dengan wanita yang telah lanjut usia ketika melahirkan anak. Jika tumpah darah berlaku di kalangan wanita yang mengalami masalah kurang darah sudah tentulah ketahanan badannya lemah. Ini boleh menyebabkan maut. Wanita yang tahap darahnya tinggi ataupun normal jika mengalami masalah tumpah darah, masalahnya dapat diatasi tanpa menemui ajal.

Banyak perkara yang menjadi punca masalah kurang darah di kalangan wanita. Antaranya pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan kekurangan kandungan zat vitamin dan zat logam khususnya besi. Masalah ini juga berlaku kerana kehamilan dan kelahiran yang terlalu kerap dan tidak disusun dengan betul. Begitu juga dengan penyakit seperti cacing kerawit (hookworm) atau malaria yang masih berlaku di kalangan penduduk pedalaman. Supaya pembaca lebih faham, saya ingin menghuraikan dengan lebih panjang mengenai sebab terjadinya penyakit kurang darah ini. Untuk membina darah kita memerlukan sumber makanan yang penting khususnya zat protein yang didapati daripada makanan seperti daging, ayam, ikan, sayur dan biji-bijian. Zat logam khususnya besi sangat penting uintuk pembinaan darah. Ini boleh diperolehi dalam makanan seperti sayur-sayuran, ikan, hati atau limpa. Jika seseorang wanita tidak dapat sumber makanan yang diperlukan untuk membina darah, sudah pasti dia akan mengalami masalah kurang darah. Masalah kekurangan sumber zat makanan berpunca daripada banyak faktor. Kemiskinan sesuatu keluarga menyebabkan mereka tidak mampu membeli makanan yang berzat untuk membina darah.

Faktor ini tidak semestinya menjadi satu alasan bagi kita di Malaysia kerana pada pendapat saya kebanyakan penduduk tidak begitu miskin. Jika miskin di segi kewangan atau harta benda, mereka masih juga mempunyai sebidang tanah di kawasan rumah yang boleh digunakan untuk bercucuk tanam seperti sayur-sayuran.

Untuk mencapai tujuan ini, penduduk khususnya kaum wanita perlu disedarkan, bagaimana pentingnya zat pemakanan bagi membina darah. Program pendidikan yang boleh menimbulkan kesedaran pentingnya pemakanan dalam kehidupan sehari-harian menerusi media cetak dan media elektronik, hanya sampai kepada orang terpelajar sahaja sedangkan mereka yang menjadi sasaran khususnya penduduk di kawasan pedalaman yang kerap mengalami masalah ini juga tidak mendapat mesejnya. Masalah pemakanan ini juga berpunca daripada pemilihan dan tabiat makan serta cara menyediakan makanan. Sesetengah orang tidak tahu memilih makanan yang mengandungi zat vitamin, manakala sesetengahnya pula disebabkan tabiat mereka. Makanan yang dipilih hanyalah yang kaya dengan zat protein dan zat logam tidak diutamakan langsung. Begitu juga dengan cara menyediakan makanan yang tidak betul boleh merosakkan beberapa jenis vitamin yang terkandung di dalamnya. Masalah kurang darah juga berpunca daripada kehamilan serta kelahiran yang kerap dan tidak teratur. Setiap kali seseorang wanita itu hamil dan melahirkan anak dia akan kehilangan darah. Kehilangan ini berlaku kerana bayi perlu membina darahnya sendiri. Tumpah darah juga tidak boleh dielakkan ketika seseorang itu bersalin. Kehilangan darah ini perlu diatasi selepas bersalin. Oleh itu penting setiap wanita yang sedang dalam proses pemulihan selepas bersalin mendapat sumber makanan yang berzat. Di samping itu perlu baginya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun untuk memberi peluang kepada badannya pulih. Dengan ini badannya dapat membina darah hingga ke tahap normal supaya pada kehamilan yang berikutnya dia tidak akan mengalami masalah berkaitan dengan kekurangan darah. Wanita yang kerap mengalami masalah keguguran juga akan mengalami masalah kehilangan darah. Sebaiknya sebelum hamil seseorang wanita perlu menentukan tahap darahnya normal menerusi ujian menyukat paras hemoglobin.

Masalah kurang darah juga disebabkan oleh beberapa penyakit terutamanya seperti malaria yang masih berlaku di kawasan pedalaman. Kuman malaria biasanya menyerang sel darah menyebabkan sel ini pecah dan musnah. Jika keadaan ini berlaku terus-menerus, sudah tentu pesakit itu akan mengalami masalah kurang darah. Jangkitan cacing yang kerap berlaku di kalangan penduduk di luar bandar khususnya di kalangan kanak-kanak dan wanita juga mempunyai kesan terhadap tahap kesihatan dan paras hemoglobin. Penyakit cacing kerap terdapat di kalangan penduduk di luar bandar khususnya cacing gelang dan cacing kait. Cacing ini boleh merampas makanan ynag dihadamkan dalam perut sebelum zat makanan ini diserapkan ke dalam darah. Dengan ini akan mengganggu tahap kesihatan dan pemakanan.

Cacing kait atau hookworm pula suka mencangkukkan dirinya pada dinding usus dan kemudianya berpindah ke tempat lain. Tempat yang telah ditinggalkannya itu akan berdarah. Jika beribu-ribu cacing ini berbuat demikian, nescaya seseorang yang dijangkiti cacing ini akan mengalami kehilangan banyak darah.

Biasanya, jika masalah kurang darah hanya sedikit, mungkin tidak ada sebarang tanda. Kekurangan darah itu hanya boleh dikesan setelah menjalani ujian hemoglobin ketika dia membuat pemeriksaan kehamilannya di klinik. Jika darahnya sangat berkurangan wanita itu kelihatan pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya. Jika dia membuat sesuatu pekerjaan yang memerlukan tenaga, wanita ini mungkin mengalami kesesakan nafas.

Selain daripada kematian akibat tumpah darah, masalah kurang darah yang teruk juga boleh membebankan jantung wanita. Ini boleh menyebabkan berlakunya lemah jantung. Dalam keadaan sederhana atau ringan, ibu yang sarat mengandung hanya akan mengalami rasa letih lesu serta kurang bertenaga.

Kesan pada bayi juga bergantung kepada tahap kurang darah ini sama ada ringan atau teruk. Jika kekurangan darah hanya sedikit sahaja, ia mungkin tidak membawa sebarang kesan kepada janin yang dikandungnya. Jika ibu dalam keadaan teruk, masalah kurang darah ini boleh menyebabkan beberapa gejala seperti keguguran, kematian jantina dalam rahim, bayi lahir tidak cukup bulan atau tidak cukup timbang beratnya. Akibatnya juga boleh berterusan selepas lahir seperti menjejaskan pertumbuhan otak yang akan memberi kesan perkembangan intelektual bayi.

Masalah kurang darah hanya boleh diatasi setelah kita mengetahui apakah puncanya. Oleh itu saya ingin menegaskan, setiap wanita perlu mendapat sumber pemakanan yang berzat khususnya zat protein, zat vitamin dan logam yang mencukupi. Wanita juga perlu mengurangkan zat karbohidrat. Setiap keluarga juga patut memberi keutamaan dari segi makanan kepada wanita yang sedang hamil. Program untuk menimbulkan kesedaran kepada penduduk luar bandar khususnya kaum wanita betapa pentingnya pemakanan bagi proses penzuriatan perlulah diperluaskan dan diperhebatkan. Tabiat memilih dan cara memasak makanan perlu diubahsuaikan supaya zat pemakanan dan segala vitaminnya dapat dikekal dan distabilkan. Wanita dalam peringkat umur kesuburan perlu digalakkan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan yang mengandungi vitamin. Wanita dan keluarga juga perlu diberi tunjuk ajar mengenai konsep penyusuan dan menjarakkan kehamilan untuk kesejahteraan dan kesihatan ibu dan bayi. Segala usaha untuk membasmi penyakit cacing dan demam malaria perlu dipertingkatkan. Masalah kecacingan ini boleh diatasi dengan amalan memakan ubat cacing yang sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

Monday, February 22, 2010

Kadar hemoglobin dalam darah

Sedikit info yang boleh diikuti hasil pengalaman sendiri dan maklumat yang dicari ;

Masa pregnent kita biasanya akan disuruh buat blood test. Blood test tu menunjukkan level hemoglobin dalam darah kita. Level yang terbaik adalah antara 11.5 - 15.5 g/dL. Jika rendah, pakar akan bekalkan iron pill untuk boost pengeluaran hemoglobin ni. Salah satu effect jika paras hemoglobin rendah ketika hamil adalah komplikasi semasa kelahiran. Rupanya itulah yang berlaku kepada diriku...tapi tadi gie checked kat hosp serdang..level hemoglobin 10.3 . oklah dari lepas bersalin tempoh hari 8 jer.


Info pasal hemoglobin :-

Hemoglobin terdiri daripada protein dan juga ferum (zat besi)


Penyebab kepekatan hemoglobin rendah :-

~ Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian

~ Walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan

~ Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika


Cara meningkatkan kadar kepekatan hemoglobin

~ Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga buah-buahan kering.

~ Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati

~ Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum

~ mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik

~ Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin tambahan


...Khasiat Pisang...



Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit.

MENINGKATKAN TAHAP HEMOGLOBIN
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah

Meningkatkan kuasa minda
buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap.

Mengurangkan stress
Potassium dalam pisang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium

Strok
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Tekanan darah tinggi
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.




...Info nie harap-harap bagi motivasi kat diri sendiri supaya tidak miss makan makanan yang berkhasiat dan boleh tambahkan kadar hemoglobin dalam darah..:)

Wednesday, February 17, 2010

Gambar






Related Posts with Thumbnails



























AQILATUL HUSNA - CUKUR RAMBUT



BERGAMBAR DENGAN BABY


Tuesday, February 16, 2010

AQILATUL HUSNA BT ABDUL JALIL

Dah lama tak update blog ni..
Em.. hari dah hari ke 17 ummi berpantang. Alhamdulillah baby pun dah ader nama : AQILATUL HUSNA BT ABDUL JALIL. Nama yang agak lambat di beri maklumlah macam-macam nama yang nak di letak dan akhirnya itulah nama yang sesuai pada pandangan ummi ngan abi. Kepalamu juga telah di cukur. alhamdulillah.. nak plan biler agaknya nak buat aqiqah bersama dengan abang Mu'az. Abang Mu'az sekarang nie pun memang menguji kesabaran ... maklumlah dah ader adik nie dia banyak meragam... kalu nagis payah nak pujuk.. sentiasa kena ikut cakap dia... Anyway itulah asam garam dah ader baby nie..


Tiap-tiap petang nak berkayuh basikal..oh..my hero luv u


Biler ditenung muka baby lama2 hilang raser sakit lepas bersalin tempoh hari.. tapi memang pengalaman takleh luper.. turun darah lepas bersalin macam air kencing yang tak dapat ditahan.. agak menakutkan... alhamdulillah syukur.. Allah masih panjangkan umurku untuk melihat perkembangan baby AQILATUL HUSNA... dan meneruskan amanahku yang masih banyak lagi yang tak tertunai.. Semoga kehidupan kita diberkati oleh Nya Maha Pencipta.

Terima kasih buat suamiku kerana sabar melayan kerenahku dan anak-anak... tapi badminton dan bola sentiasa menggamitmu...he..he..yer tak..?untuk kesihatan... Tak per.. yang penting kami tidak rasa terabai ....;-)

Friday, February 12, 2010

Khasiat Makanan Herba Untuk Ibu Dalam Pantang



Kurma

Kajian membuktikan bahawa kurma adalah antara makanan yang paling penting diproses bagi membekalkan tenaga. Memandangkan selepas bersalin, anda perlu menggabungkan pelbagai jenis makanan untuk menggantikan tenaga dan darah yang berkurangan, jadi kurma adalah pilihan yang sesuai. Selain itu, ia turut kaya dengan unsur zat besi dan kalsium bagi merangsang penghasilan susu ibu.



Lengkuas

Lengkuas berkhasiat dalam membantu membersihkan darah, menghalang gangguan perut dan merangsang otot.



Lada Hitam

Lada hitam terkenal sebagai ubat dalaman kerana ia berupaya mengeluarkan angin dari perut dan usus serta bermanfaat untuk memanaskan badan. Selain itu, ia juga dapat melancarkan aliran darah, mengatasi kembung perut dan mengubati sakit serta pening kepala.




Halia

Ia mengandungi atsiri, damar, mineral sineol, vitamin A, B1,C dan protien menjadikannya baik untuk mengubati luka luar dan dalam,merawat kegatalan, merangsang kelenjar pencernaan dan membangkit selera makan. Rasa dan aroma pedasnya pula dapat menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh dengan berkesan.




Bawang Putih

Bawang putih mengandungi tinggi karbohidrat, sedikit protien, serat serta lemak. Selain itu, vitamin dan bahan galian yang penting untuk kesihatan seperti vitamin C, zat besi dan pottasium banyak terkandung di dalamnya. Lantaran itu ia sangat baik untuk menyembuhkan luka. Amalan memakan bawang putih sangat elok diamalkan kerana ia menjadikan anda kekal bertenaga.



Kunyit

Kunyit dapat membersihkan perut, melepaskan lebihan gas pada usus, menghentikan pendarahan, melancarkan aliran darah dan mencegah pengumpulan darah.



Serai

Kandungan citral di dalam serai amat berkesan dalam membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Antara lain, tonik yang ada juga boleh merangsang sistem badan. Malah turut membantu anda menurunkan suhu badan.

Sumber : Rahsia Alam

Wednesday, February 3, 2010

Selamat Datang ke Alam Dunia...



29.01.2010 : 6.30 petang...perutku sakit tapi tidak terlalu kerap..7.30 malam azan magrib.. sempat solalat magrib ..dan terus tunggu isyak.. perut sakit lagi..kali ini agak kuat..tapi tak berterusan.. solat lagi... mungkin ini solat isyak yang kurasa agak sukar kulakukan tapi kugagahkan jugak..perasaan bercampur baur...sehingga tidak ku sedar rupanya telah pukul 9.30 diriku masih di surau hospital serdang..sendirian..

Walaupun pengalaman bersalin telahkulalui sebanyak 3 kali...tapi mungkin kali ni..ianya agak berbeza..mungkin berbeza dari segi umur ..pengalaman ...kematangan ....dan....yang menyebabkan diriku terasa seperti baru pertama kali mengalaminya..

30.01.2010 : 12.01 pagi.. sakit contraction semakin kerap..15 minit ke 20 minit sekali...alhamdulillah masih lagi bertahan...sempat telefon my hubby..standby kat kedai mamak ...pukul 2.00 pagi... kereta my hubby meluncur laju ke hosp. sementara diriku dalam keadaan yang sakit kuat ... sebelum turun ke labour room.. sakit uluhati ..angin ... dan sakit nak bersalin digabung sekali.. sehingga aper yang ku makan bekalan dari bonda iaitu kacang dal...berhambur kaluar dari perutku.. nasib baik sempat pergi ke tandas... kalu tak ..entahlah aper yang nurse tu akan pikir..

2.30 pagi.. setelah air ketuban dipecahkan oleh dokter ...makin menjadi-jadi sakitku...dah tak tertahan-tahan lagi... wajah suamiku yang berada diccku terus beri semangat padaku.. seorang nurse yang kusangkakan dokter telah membuat persediaan untuk menyambut seorang lagi bayi yang katan7ya telah menjadi rutin kerjanya di situ... sangat pro..dan tenang..sehingga lahirlah anak dari rahimku yang disaksikan sendiri oleh suamiku dari mula proses sehinggalah uri kaluar ... alhamdulillah... penantian yang selama 40 ++ minggu ini berjaya. SELAMAT DATANG WAHAI PUTERIKU DARI ALAM RAHIM KE ALAM DUNIA RIALITI...TO BE CONTINUE.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...